Sukar meneka, gaya politik sememangnyaindah untuk dihayati namun pahit dan perit untuk dirasai. Demikianlah usia kerajaan Perak yang menjangkau setahun Mac ini. Dalam politik kita buka hanya tahu merancang tetapi juga mesti tangkas bertindak. Kini siapa dulu antara Nizar dan Najib? Nizar dulu tetapi tanpa restu....
DS Nizar mengumumkan pembubaran DUN sebagaimana dijangka. Najib yang asalnya ingin membuat kenyataan media seawal jam 4 petang terpaksa menangguhkannya gara gara Nizar bertindak pantas pada jam 3 petang. Najib terpaksa menunggu pukul 5.30 petang. DS Nizar mengadap DYMM paduka Sultan sekitar jam 4 .30 petang.
Sukar menjawab pelbagai spekulasi yang mendatang. Berbagai versi yang muncul. Kekalutan menyebabkan pendokong kerajaan seakan panik. Namun pengumuman MB bahawa Paduka Sultan sedang menimbang sedikit memberi harapan. Sekurangnya kita mempunyai masa untuk bermunajat agar Allah membuka pintu hati baginda merestui pembubaran DUN. UMNO amat takut jika DUN dibubarkan. Rekod Najib sepanjang pilihanraya kecil amat buruk. Najib kini main kotor untuk menunjukkan kajagoannya. Apa peliknya???
Najib memang tokoh politik yang banyak meletupkan politik tanahair. Biasanya letupan dari Najib agak kuat hingga tak mampu disembunyikan lagi. Beberapa hari mengambil alih ketua Perhubungan Perak, Najib terus meletupkan politik bumi Perak. Sememangnya Najib pakar bom!!Dengan bangganya Najib mengumumkan pembentukan kerajaan BN Perak . di sisinya ialah juara katak yang terpalit rasuah.
DS Mahathir turut memberi kmomen tentang kualiti ADUN yang melompat ini sebagai rendah. Namun sememangnya UMNO lubuk tokoh yang tak bermaruah dan sesak dengan skandal. Mat Taib masih kekal. Rahim Thamby Chik pernah kembali, Najib sendiri belum bersedia ke mahkamah untuk membela tuduhan terhadap isu wanita MOnggolia. Pemilihan UMNO penuh dengan tuduhan rasuah. Isa pernah terpecat gara gara rasuah.Dia kembali. Di kalangan sekutunya, isu Chua Soi Lek yang telah mengaku terlibat Seks masih mendapat tempat.... Itulah UMNO...lubuk kebusukan !!!
Kini Najib ingin membentuk kerajaan secara paksa. Ada dakwaan menyatakan Nasaruddin Hasim diculik. Dipaksa membuat pengakuan menyokong UMNO...entahlah.. Apapun jentera mesti bergerak kini. Doakan Perak kekal dengan kerajaan yang ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan