Ternyata kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak bahawa tiada permit diberikan untuk ceramah kempen sebelum penamaan calon. Tahniah! barangkali itulah antara kesan Ikrar baru Ketua Polis negara sempena hari polis semalam.
Umum mengetahui bahawa calon kedua parti utama yang bertanding telah diumumkan. Apa yang ditunggu lagi??? Sememangnya umNO tidak memerlukan kempen separti ceramah, malah sambutan ceramah umNO adalah hambar. Pendengar yang hadir dalam Pengumuman Calon oleh Najib baru baru inipun diangkut dengan bas percuma, berpuluh buah banyaknya. Bandingkan dengan pengumuman calon PAS mewakili PR baru baru ini.
PAS dan PR tiada media lain selain ceramah dan berkunjung ke rumah dan risalah. umNO menggunakan segala jentera kerajaan. Radio tiga Ipoh telah lama berkampung dan berkempen dengan berbagai program sekitar Taiping. Pelbagai jentera kerajaan seperti YADIM, YAPEIM, MARA, JASA dan entah apa apa lagi mengadakan karnival, pesta, khidmat penerangan dan macam macam lagi.
Harakah dan Suara Keadilan telah dgantung. PAS dan PR memerlukan ceramah umum menjelaskan kepada rakyat yang membolehkan mereka menjadi media kedai kopi dan sembang santai di mana sahaja mereka pergi. Itulah yang menjadi media Pakatan Rakyat kini.
Polis nampaknya sedang bertugas mengambil alih tugas pertahanan umNO yang sedang sibuk bersidang. Walaupun Polis tidak berkempen namun mereka berjaya menghalang kempen Pakatan Rakyat. Sudah cukup kerana tugas kempen setia dilakukan oleh surat khabar , TV dan Radio.
Maka jangan diharap kempen akan berlaku dengan adil dalam pilihanraya ini. Najib mesti membuktikan pemimpin baru umNo akan menang bagi membuktikan pemimpin baru adalah berwibawa. Khairy, Shahrizat dan Rosnah pastinya akan menggunaka kesempatan ini menonjolkan kepimpinan masing masing. Tiada yang mustahil dalam kerja jahat umNO. Sejarah membuktikannya!
Petugas PR MESTI menyedari selepas persidangan umNO berakhir, mereka akan turun berbondong bondong umpama tentera Abrahah menyerang Mekah. Kalau ada gajah, gajah akan di arah. Kalau perlu merampas, mereka telah buktikan dengan rampasan suara Keadilan dan Harakah. Serangan ganas di Sg petani dalam ceramah DSAI adalah isyarat awal.
Petugas Pakatan Rakyat mesti menyediakan diri mereka dengan kebijaksanaan, kekuatan, keberanian dan keikhlasan. Namun Kesabaran adalah kunci kejayaan. Kesabaran bukan ketakutan. Kesabaran ialah mencatur kerja mengikut strategi bukan melalui perasan marah dan emosi. Pemuda umNO ada penyokong yang diistilahkan pemuda Berani, berani berubah dan setiakawan. Maka mereka akan melakukan segalanya dengan sokongan seluruh kekuatan dan jentera kerajaan seperti Polis, SPRM dan juga SPR.
Dalam perlancaran petugas Pemuda di Trong baru baru ini, Ust Tantawi mengingatkan: Kita adalah pemuda yang bersedia melakukan apa sahaja bagi berdepan dengan pemuda umNO. Jika mereka melanggar batas undang undang, kita akan pertahankan sekalipun dengan nyawa kita. Memetik kata kata Muhammad Al Fateh; kita adalah tentera yang lebih cintakan mati dari mereka yang cintakan hidup! Ruh iman adalah penggerak tugas kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan