Khamis, 5 Mac 2009

SIAPA MAMAT SAMSENG KAT SUK? perisik Rakyat

Ini adalah post yang akan menyakitkan hati sesetengah pihak yang gagal menggunakan akalnya yang waras dengan cara yang betul.

Jika anda merasakan bahawa anda tergolong dalam golongan yang gagal menggunakan akal anda yang waras dengan baik, maka anda digalakkan untuk meninggalkan sahaja post ini secepat mungkin. abaikan apa yang telah anada baca tadi.

Lihat gambar dekat bawah...( gambar banyak dalam posting lalu dan blog PR)


Individu dalam gambar diatas telah dikenal pasti sebagai Ayahanda Lajin yang dikatakan sebagai salah seorang ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). apa itu PEKIDA..?

Aku pun tak tau apa itu PEKIDA. tapi korang boleh baca dekat [sini].

Bila baca dekat situ macam best sangat PEKIDA ni.

Korang luang masa sikit baca Perlembagaan PEKIDA Malaysia dekat [sini]. lepas tu korang tengok lagi gambar tingkah laku seorang yang bergelar "Ayahanda" dalam PEKIDA Ipoh, Perak, Malaysia.

Korang perhatikan tangan Ayahanda Lajin... simbol apa tu? kalau tak jelas, korang klik dekat [sini] untuk imej yang bapak besor - gambar ihsan ANAK SENGAT.

Aku quot sikit dari Perlembagaan PEKIDA Malaysia.

2. TUJUAN/ MATLAMAT:

* 2.1 - Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.

* 2.2 - Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

* 2.3 - Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.

* 2.4 - Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.

* 2.5 - Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.

* 2.6 - Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.

Jadi... apakah amalan mencarut, maki-hamun, dan jugak angkat tangan tunjuk simbol carut macam dalam gambar dekat atas tu tertakluk dalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia ke?

Aku baca pulak dan aku quot dekat sini Perlembagaan PEKIDA Malaysia bab...

3.7 LUCUT MENJADI AHLI:

* a) Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. Keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya.

* b) Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpamanya.

* c) Gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga Bulan.

* d) Menarik diri.

Jadi kalau ikut Perlembagaan PEKIDA Malaysia 3.7, Ayahanda rasanya dah melanggar Perlembagaan PEKIDA Malaysia fasa 3.7(a) dan juga tergolong dalam golongan yang disebut didalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia fasa 3.7(b).

Terang-terang seorang yang bertaraf Ayahanda dalam PEKIDA perangainya samseng macam orang tak de akal. lain-lain gambar korang boleh tengok dekat [sini], aksi-aksi Ayahanda Lajin dalam misinya "Menegakkan dan memperjuangkan Islam sesuai dengan ajaran Al-Qur'an dan hadis".

Khak Ptuih...!!!

Orang-orang macam ni la yang bikin rosak PEKIDA... pimpinan PEKIDA pulak kalau benda-benda macam ni mana la nak ambik tau sangat. mungkin depa sibuk dok deal projek ngan UMNO. jadi tak heran la kalau hangpa baca dekat ruangan komen dalam mana-mana weblog, boleh dikatakan majoriti pengkomen manggelar PEKIDA sebagai PUKIDA.

Salah siapa? orang yang menggelar atau orang yang ada kuasa untuk perbetul tapi lebih suka dok diam? apa yang aku nampak sekarang ialah, pihak atasan PEKIDA langsung tak berminat untuk membersihkan nama PEKIDA yang makin hari makin buruk dan busuk dimata dan hidung kebanyakan rakyat Malaysia. sebab apa?

PEKIDA dah rosak macam UMNO/BN. 2-2 rasanya tak de beza. bernyawa semata-mata atas "kekuatan". "kekuatan" apa? kekuatan ahli-ahli yang SAMSENG. sape dapat nafikan bahawa PEKIDA dan SAMSENG dapat dipisahkan?

Kalau rasa nak dengar teguran ni, dengar. perbetul apa yang patut. kalau rasa hebat, tak payah dengar. buat macam tak de apa-apa yang berlaku. korang kan hebat? tapi hebat sangat ke korang berbanding Allah?
Posted by Topengperak_Xinwugi® at 1:19 AM

6 ulasan:

Budak Parlimen BAGAN DAT0H berkata...

uihhh..
ayahanda 3 line ip0h ker2?
mmang amar makruf nahi mungkar tul...

Tanpa Nama berkata...

Buang jo lah songkok tu..buit malu jo urang melayu...Pekida apo macam tu.........Bertaubat lah..Botol kan diri tu dulu...urang melayu yang berpelembangaan bila memakai songkok paham nyo dio menjago tatsusila urang melayo. Iko..pakai jo songkok tapi perangai huduh.....

Tanpa Nama berkata...

buka pekida tapi....PUK... IDA diorg nie...

3viL X eIjI berkata...

haaa.. lepas ni mesti dia ugut nak pukoi hang anak sengat. bese la pekida2 ni.. salah ke betui ka dia pedulik apa..perasan kuat!! depa lupa Allah Maha Perkasa lagi kuat..

aDhUhAi berkata...

PEKIDA kena tapis balik @bubar dan tubuh semula dengan pemilihan ahlinya seperti Darul Syifa.itu baru betul2 kuat.ini tidak,asal perut buncit,pandai cari pengaruh, pandai strategi mengugut pun dah layak jadi ahli.memang dah lari dari matlamat asal.PEKIDA yang bakal merosakkan Melayu dan memburukkan Islam.

Baginda Reformasi berkata...

itu le samseng berlesen.... paklah bukan ahli perkida ke? rase2nye ye.... hangpa ingat die suke2 buat ke? dapat duit 50sen tu dari KJ

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/kes-derhaka-baru.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/baginda-pun-tak-kisah-pemilihan-umno-di.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/post-mortem-ke-2-kugan-ini-betul-betul.html