Ke Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jua. Bukan memuji jauh sekali memuja, namun seakan riak itu kian terserlah. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, bloger yang juga pemimpin pemuda yang mencuit seketika wajah politik semasa. Bukan hanya teman malah musuh seakan melihat ruang yang terbuka, rupanya mulut gua yang menanti mangsa untuk diperangkap di dalamnya. Tanpa mentera Ali Baba pasti tak mampu membukanya…..
Kalau masih ingat, TGNA seringkali mencuit perhatian dengan pelbagai isu. Riuh seketika, namun tak dibiar lama, setelah penuh mulu ternganga, ditutup rapat serapatnya. Kini anaknya mewarisi bakat dan seni politik ulama tersohor itu. Bermula dengan posting “kerja bodoh” ramai yang tercuit dan terasa. Yang kebingungan tak kurang ternganga. Yang bijak sekadar membiar dan melihat langkahnya… Tak kurang pemimpin turut bersuara. Apakah tanda tak mengerti atau sekadar mengelak salah faham parti…saya tak tahu…mungkin juga ada yang terasa…..
BERSAMA NIK ABDUH DAN ALHUSEYN SELEPAS LIQA PEMUDA DI IPOH
Bloger yang tumpang bertenggek dan menguis agak ramai juga. Ada yang terlampau melempar istilah bodoh…. Tanpa mengukur seluar yang senteng di badan , pusat tenganga , lutut berparut... zipnya pun lupa ditarik… seakan melempar wajah ke cermin…. Kan muka sendiri yang dilihat orang????
Kalau yang ingat kisah raja dan pencuri angsa, tentu ketawa…. Barangkali posting itu ibarat pertanyaan raja..ramai jua yang meraba kepala… yang tak paham - kata raja mengarut tak tentu hala…. Rupanya sang raja memang bijaksana….
Saya merasa lega membaca posting ke dua Ustaz Nik Abduh…… saya pasti ia bukan libasan mautnya… masih mengumpan rentak lawan… nasihat kepada penonton- jangan cabul mulut jauh sekali untuk masuk gelanggang yang telah dibuka…. Nanti benjol kepala. Perhatikan beberapa tawaran beliau. …
Sememangnya menjernihkan suasana tanggungjawab bersama., ibarat air yang lama bertakung, jangan marah jika ada yang menyebabkannya keruh seketika. Biarkan lumpur dan kelodak itu timbul agar senang dikenal. Alirkan air…akhirnya takungan akan bersih semula. Tiada siapa yang suka bila aib sendiri dibuka. Tetapi demi merawatnya…kita terpaksa… sakitnya seketika…namun membiarkan barah membiak akan menyesalkan kita di hari muka.
Harapan saya biarlah kita berlapang dada. Menilai dengan hujjah bukan emosi dan suka suka… paling penting jangan tunjuk pandai membodohkan orang lain … kerana ramai yang bijak menilai siapa bijak , siapa bodoh dan tolol….
Kepada ustaz Nik Abduh… tahniah kerana menimbulkan kelodak dan lumpur itu….jangan biar ia mendasar selamanya… demi perjuangan… demi kemenangan, ada kalanya kita terpaksa menyiku rakan dan sahabat sepermainan…tiada salahnya kerana semuanya untuk ALLAH jua…
4 ulasan:
salam cuma agak tak cantik bila melabel sesama sahabat dengan perkataan bodoh, adakah ianya sunnah, nak tahu juge. Kot le ade nabi membodohkan sahabatnye.
sdr tbo..yang saya faham ialah... sikap bodoh dan bukan mengata orang yang berkenaan bodoh.it is two different things.memang kekadang kita sebagai manusia bertindak bodoh dalam sesuatu perkara tapi itu tak bermakna sipelaku itu bodoh. satu lagi..kalau kita tak makan cili tak akan terasa pedasnya dan macam anak sengat sebut apa salahnya berlapang dada menerima teguran.semua manusia buat silap jadi bila ada yang menegur maknanya masih ada yang sayang dan tidak mahu kita lemas dalam kesilapan dan kesalahan.adab menegur?..ok lah tu nik abduh tidak menyebut namapun..tapi ada yang melatah..terpulanglah... terasa pedas la kot.
saya tertanya kenapa akhbar hari ini lebih suka menggunakan istilah babi dari khinzir yang dulunya diperkenalkan
salam
kenapa anak babi berjalan dengan emak dan bapaknya dia pejam mata dan tunduk aje manakala siput babi pulak jalan perlahan je, kalau boleh jawab soklan ni terjawable kenapa deme gunekan perkataan babi dan bukan khinzir. Persatuan pengguna Islam malaysia pun dah sokong supaya disegerakan projek penternakan babi secara moden (MPF)yang dimulakan oleh dr. khir toyo diteruskan oleh Kerajaan PR diselangor.
Catat Ulasan