Khamis, 9 April 2009

MUNGKINKAH KHAIRY AKAN DISABIT KEMBALI DENGAN RASUAH?

Apa dah jadi cempedak jadi nangka atau manusia jadi kera?? Bermula hari ini semua yang berjuang dan menabur duit memburu kemenangan jawatan dalam umNo perlu berfikir seribu kali. Jawatan dalam umNO belum menjanjikan tempat sebagai menteri. Khair adalah bukti hari ini!

Mahathir dari awal menyangkal keterlibatannya dalam percaturan kabinet Najib yang diumumkan hari ini. Seribu kali Mahathir menafi, seribu satu kali orang tak percaya lagi. Mana mungkin tanpa campur tangan Chet Det, Mukhriz duduk dalam kabinet sedangkan bos yang mengalahkannya , Khairy tercicir dalam bakul sampah pejabat Perdana Menteri. Lebih menyakitkan timbalannya pula yang dapat tempat di hati PM.

Pastinya percaturan dan persoalan hangat akan berlaku sepanjang beberapa hari ini. Ketua Wanita ada tempatnya, Puteri yang baru beranak beberapa tahun di beri peluang, malah beberapa orang yang selama ini tak terlibat dengan umNO tiba tiba muncul dalam senarai kabinet Najib. Antaranya Jamil Khir Baharum. Sayangnya sayap yang menjadi tunjang parti, PEMUDA terperosok tak dipeduli..



Apa ertinya ini? beberapa persoalan mula berlegar dalam kotak pemikiran. Yang pasti Khairy takkkan berdiam diri dimalukan hari ini. Melainkan ada janji di belakang tabir yang termeterai antara mereka mengelakkan terdedahnya rahsia lain. Saya yakin sebagaimana Mukhriz mendiamkan diri walau kalah dalam pemilihan yang dipenuhi rasuah baru baru ini, kini sebab Mukhriz mendiamkan diri telah diketahui. Khairy juga akan menyepi andai ada janji rahsia antara mereka agar saling menyimpan rahsia. Jawapan yang pasti di beri" Saya berkhidmat bukan untuk mengejar pangkat dan jawatan menteri" akan keluar dari mulut Khairy.

Apakah juga keciciran Khairy dari senarai kabinet ini memberi erti Khairy masih dalam siasatan lagi dan menunggu waktu mensabitkan kesalahan yang telah pun terbukti?? Jawatankuasa Disiplin telah menegaskan bahawa siasatan masih berjalan dan ada yang menang jawatan tinggi antara yang di siasat. Apakah antaranya Khairy???? Andai Ali Rustam telah disabitkan, kenapa tidak Khairy?? mungkin khairy mananti waktu itu kembali....

Umum mengatahui keputusan pemilihan umNo baru baru ini penuh dengan kebimbangan berhadapan pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batai Air. Kini segalanya telah berlalu. Siasatan terus berjalan. Membiarkan Khairy terus berada di dalam mesyuarat Tertinggi umNO memberi ruang segala rahsia berada di pihak berbeza. Khairy bukan calang calang pemuda. Pastinya membiarkan benih Pak Lah di mesyuarat tertinggi umNo menganggu percaturan Najib dan Tun Det.

Apapun, kita nantikan pencak silat pemuda umNo di gelanggang terbuka nanti. Keris yang selalu dikucup pastinya akan menikam rakan sendiri. Dan Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan perpaduan sesama sendiri sebagai persediaan menghadapi saat kemusnahan dan sejarah umNO terkubur . Percayalah...Hang Tuah yang setia membunuh Hang Jebat yang membelanya.... Apatah lagi andai Hang Tuah dan Jebat memang saling membenci..... jika anda percaya pada mitos melayu ini...

Tiada ulasan: