Khamis, 16 April 2009

PANDANGAN TENTANG BUKAN MUSLIM MEMBACA ALQURAN

Dari Blog ustazI lham Najmi.

JAWAPAN: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Menurut Guru Kami yang Mulia, Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:

Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.Maka jika kita berpendapat sedemikian,tiadalah masalah dan halangan untuk mereka membaca al-Quran dan memegangnya dengan walaupun tanpa wudhuk.Ini kerana wudhuk hanya diwajibkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum.Berdasarkan pendapat yang kedua, ini maka golongan non muslim juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah subhanahu wa taala.

Jadi, ulama di dalam kelompok yang kedua ini berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim tidak dibenarkan untuk membaca al-Quran dan memegangnya jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.

Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.

Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam.Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.Ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab sirah.Tidak perlu kita sebutkan disini kerana perbahasan akan menjadi lebih panjang.Wallahu a’lam.

Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.

Larangan Non-Muslim Membaca Al-Quran ; Adakah Menguntungkan Dakwah?
Sumber: http//hazmidibok.blogspot

Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK. Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?

Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…

Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik, ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang?

Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?

Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK , walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Isla

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yap! Sya sangat setuju dgn penerangan saudara..demi untuk mengembangkan lagi sinar islam..