Sabtu, 25 April 2009

POKOK DEMOKRASI DAN BATU TANDA, ANDAI MENGERTI YANG TERSIRAT

Saya berulangkali merenung pokok yang menjadi terkenal tiba tiba. Sepanjang ingat saya puluhan tahun pokok itu dibiar tanpa dipeduli oleh sesiapa. Ia wujud sekadar tempat menumpang teduh kereta di masa tertentu. di nilai hanya berkala. Namun untuk mencantasnya bukan kerja mudah kerana ia telah sebati sekian lama.

Pokok tempat bernaung itu boleh saja ditumpang oleh sesiapa. Ia milik bersama. Ia tumbuh barangkali ditanam namun benih mungkin wujud sejak sekian lamanya. Mungkin ratusan atau ribuan tahun tanpa sesiapa yang peduli asal usulnya. Ia terus dibiarkan dan sambung menyambung generasi demi generasi.



Rupanya ada yang cemburu bila pokok tempat bernaung itu diteduh oleh rakyat yang kasih padanya. Dengan tiba tiba pokok yang sepi sekian lama menjadi perhatian dan rujukan. Bukan hanya untuk berteduh di kala panas atau mencari sesuatu yang dimilikinya pada musim ulangtahun.Apatah lagi yang bernaung dibawahnya adalah batu teguh dan kukuh yang disayangi rakyat
Batu itu mula dicemburui, Cat disimbah dan batunya dipecah. Dilakukan dibawah gelap, oleh insan yang tak diketahui...namun tandanya tetap ada. Bermula memecahkan batu tanda, serpihannya bertaburan dan akhirnya dengan jalan kononnya berperaturan, batu dicabut dengan rakus dan penuh kebencian.

Harus diingat batu itu bukan tumbuh sendiri. Ia wujud dari kehendak suara rakyat. ia bertahta hasil kasih dan pilihan rakyat. Walau batu itu musnah ,namun kasih dan harapan rakyat tak pernah padam. Serpihan dikutip, di jadikan batu ingatan. Rakyat berebut menghabiskan wang ringgit bagi mengembalikan batu agar bernaung di bawah tahta rendang pokok.




Kebencian dan kedengkian datang dari syaitan yang tak pernah hilang. Demi melupakan rakyat pada batu dan agar batu tidak bernaung di bawah rimbunan tahta pokok yang rendang...pokok kecil pula ditanam... Mengharap rakyat yang menyanjung pokok rendang akan menyanjung pokok kecil di bawahnya sebagaimana batu tanda yang dipuja.

Harus diingat, pokok kecil itu wujud dengan merampas hak dan tempat batu yang dibina rakyat. mampukan pokok itu bernaung di situ...sudikah pokok rendang yang sekian lama bertahta di situ menaunginya...apakah pokok rendang akan membiarkan pokok kecil disekelilingnya bernAung dan menghisap segala baja dan air yang membesarkan dan dibekalkan kepaDanya...atau pokok rendang takkan membiarkan pokok kecil merampas tahtanya dan membunuh dirinya....

Pilihan di tangan pokok besar yang bertahta...andai ia ingin dipuji dan dipuja sebagaimana ia menanungi batu tanda pilihan rakyat sekelilingnya...ia akan memastikan tiada matahari yang memancar dan air yang disedut darinya sebagaimana batu tanda tak pernah merebut matahari dan menyedut air yang mengukuhkannya bertahta di situ... Jika begitu..pokok kecil akan mati dan batu tanda akan kembali di situ...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://sexrolikov.net.ua/tags/%F1%EC%EE%F2%F0%E5%F2%FC/]смотреть[/url] Online porno : [url=http://sexrolikov.net.ua/tags/%C0%ED%E0%F2%EE%EB%FC%E5%E2%ED%E0/]Анатольевна[/url] , это все смотри