Khamis, 7 Mei 2009

BAGAIMANA SITUASI DALAM DUN PERAK ESOK??/

Seluruh warga Malysia dan dunia sekali lagi menumpukan perhatian kepada bumi Darul Ridzuan. Tinggal beberapa jam lagi berbagai kemungkinan akan berlaku. Sebagai warga Perak, pastinya saya tidak selesa dengan apa yang berlaku.

Petang tadi beberapa jalan utama telah ditutup menyaksikan kesesakan lalu lintas. Saya tak pasti tujuan sebenar polis. Apakah mereka mendapat maklumat akan berlaku keganasan di Ipoh. setahu saya belum pernah berlaku dan tak mungkin berlaku keganasan esok melainkan provokasi. Kini kedatangan polis benar benar telah menyusahkan kami warga Ipoh. Bukan menyenangkan. Itu di luar dewan.

Apakah anda dapat membayangkan apa yang berlaku di dalam dewan. Siapakah akan menjadi pengerusi mesyuarat esok? Sivakumar pasti akan bertegas mempertahankan kerusi speaker. umNO tahu itu akan berlaku. Mengapa usul memecat speker diteruskan. Pasti ada rancangan jahat telah disusun...Saya hampir pasti. Kenapa wartawan disekat melaporkan apa yang bakal berlaku esok?

Siapakah tetamu yang dikatakan akan bersama dalam majlis yang akan dirasmikan oleh Istana esok. Khabarnya Sultan mewakilkan kepada Raja Dr Nazrin Shah. Maklumat menyatakan hampir semua "tetamu" adalah dari umNo dan mungkin pemuda khas yang diundang bagi "mengawal" dewan. Bagaimana keselamatan ADUN PR di dalam dewan termasuk speaker??? Pasukan Amal pastikan telah bersedia dengan perancangan keselamatan mereka sendiri. Saya begitu yakin setelah melihat kecekapan dan kesungguhan mereka menangani situasi di kediaman rasmi MB beberapa bulan lalu. Namun unit Amal di Haramkan mendekati apatah lagi memasuki dewan.

Apaka akan berlaku perebutan kerusi speaker. Jika itu berlaku, apakah he yang cacat akan mampu menolak siva ke bawah?Bagaimana dengan keduduka dalam dewan..semuanya haru BIRU lantaran perbuatan Haram umNO. Semoga baginda Sultan akan terbuka hati apabila melihat situasi tak selesa rakyat Perak...semoga kasih baginda kepada rakyat akan membuka hati bagi membubarkan DUN Perak.

Semoga semua kita dapat mendoakan keselamatan ADUN PR dan semoga mereka akan diberi kekuatan oleh Allah dalam menghadapi kekuatan kuasa jahat umNO....

Tiada ulasan: