Beberapa hari ini cerita ChinPeng kembali menghiasi media kita. Siapa Chin Peng tak perlu diperjelaskan. Kenapa Chin Peng kembali popular???? ianya adalah cetusan pengerusi Gerakan Pulau Pinang. Apa tujuannya? tak pasti...
Harus diingat kisah Chin Peng dengan komunisnya telah menjadi sejarah hitam masyarakat kita. Isnya tak wajar diungkit kembali . Pastinya orang yang mengungkitnya mempunyai tujuan tertentu. Saya melihat itulah lenggok politik BN. Gerakan adalah parti Cina (walaupun dibuka keahlian untuk bangsa lain) yang kehilangan sokongan masyarakat lain. umNO pula adalah parti Melayu (walaupun bumiputra bangsa apa pun boleh masuk) yang sedang mengepung dan memburu undi sokongan melayu. keduanya dari kompenan BN!!!
Sewajarnya jika isu ini dilakukan dengan ikhlas untuk membantu Chin Peng kembali ke Malaysia boleh dilakukan secara dalaman. Tak perlu perbincangan terbuka. Apabila ia menjadi perbincangan umum, maka luka lama akan berdarah kembali. satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah....komunis dikaitkan dengan bangsa Cina di Malaysia walaupun bukan semua cina dulu mengikuti fahaman komunis. Nama Abdullah CD dan Rashid maidin serta Shamsiah Fakih bukanlah nama yang asing dari label komunis.
Paling tidak, secara diam dan akar umbi, masing masing kaum akan saling mencurigai.lebih malang ada virus yang bergerak mengingatkan " kalau melayu tak bersatu, Cina akan menguasai kita". Bukti jelas boleh dilihat di dalam blog pro umNO. Isu komunis dan kaitan dengan masyarakat cina serta api perkauman terus dicetuskan!Tak perlu saya mempromosikan blog berkudis itu di sini.
Apa yang malang, beberapa NGO dan orang persaorangan terikut dengan rentak BN ini. Mereka telah gagal di dalam isu Perak menuduh DS Nizar sebagai Boneka Cina apabila rakyat mula tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umNO dulu bersama tauke Cina dan apa yang dibantu oleh PR terhadap golongan miskin dan terinaya dari pelbagai bangsa. Mereka mula menilai tanah kediaman yang diberi kerajaan PR kepada orang muskin dengan ladang dan keluasan kilang yang diberi umNO kepada tauke Cina. Rakyat mula menilai bantuan sekolah agama yang diberi kerajaan PR dan sikap BN terhadap sekolah agama terutama pondok Pak Teh dalam kawasan MB umNO sendiri.
Sewajarnya kita mengambil sikap berhati hati dengan jerat isu perkauman yang dicanangkan BN secara halus. Jangan lupa, peristiwa Operasi lalang dulu juga adalah mainan pemimpin Gerakan dan umNO...mangsanya PAS dan DAP. Ada angin bertiup menyatakan, bagi meredakan kebangkitan rakyat , pemimpin PR perlu direhatkan dan dipisahkan dari rakyat. Mungkin salah satunya melalui isu perkauman!
Marilah kita menumpukan kepada isu yang melibatkan masa depan daripada membangkitkan nostalgia silam yang tak berkesudahan. Jangan biar generasi kini menerima akibat kesilapan generasi sebelum kita. Apa yang penting, hubungan mesra antara kaum yang terjalin terutama di dalam PR mestilah dimanafaatkan untuk dakwah dan perjuangan.
BACALAH YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT
9 ulasan:
Melayu mudah lupa atau bodoh atau memang bodoh..
Sebaik sahaja chin peng minta nak balik ke malaysia jamil tengok rioh rendah orang melalak. tv-tv ,media-media yg sudah kekeringan berita menyalak macam anjing gila. orang-orang tua yg bodoh di temuramah,ya jamil tak nafikan jamil tiada waktu komunis dulu. dan tapi jamil dapat banyak info bagaimana kekejaman komunis. antinya orang melayu dekat chin peng lebih teruk dari anti terhadap yahudi. persoalannya adakah orang melayu mudah lupa atau bodoh.
Di antara komunis dan tentera jepun siapa paling kejam, antara komunis dan tentera jepun siapa potong kepala orang, antara komunis dan jepun siapa waktu itu lebih tersiksa , jamil rasa jepun lagi teruk,lagi jahat lagi kejam,sampai salah sikit potong kepala orang. tapi tak dengar lak komunis potong kepala orang. tapi komunis di halau sampai tak boleh balik ke negara mereka sendiri.walaupun mereka komunis.
Sebaliknya jepun di sambut bagaikan raja, jepun di jemput buka perniagaan di sini, jepun di beri bermacam-macam ke istimewaan, sedangkan bangsa melayu dan rakyat malaysia banyak menderita , merana kehilangan saudara mara tanpa kepala kerana jepun.mereka pernah membunuh sdr/mara kita,tetapi sekarang bangsa jepun di sanjung,di sambut,di hormati. apa ni? double standard ke.
Jamil bukan suka komunis atau menerima mereka tapi benci dengan manusia yang hipokrit, manusia yang double standard, manusia yang pentingkan diri sendiri.penting kan wang.mungkin gak jepun dulu mereka tidak kacau orang-orang berada di malaysia,tak kacau orang bangsawan di malaysia sebab itu mereka tidak di hina di kutuk atau di caci.tapi komunis kacau tak kira kaya atau miskin,biasa atau bangsawan.tu yg di kutuk dan di hina tu.
Ko orang pembaca fikirlah sendiri.
cukuplah kita 50 tahun tertipu dengan agenda melayu barua dari umno. sekarang apa pun susah nak percaya permainan mereka ini.
saya hampir bersetuju penuh dengan Jamil...agaknya deme yang ni jenis yang jadi barua Jepun dari dulu kut...lepas tu jadi barua orang putih plak....
komunis paling marah kat orang yang jadi talibarut Jepun...sebab komunis teruk kena dengan Jepun
hari tu sokong DAP..sekarang ni sokong Komunis la pulak...
apa nak jadi la PAS nie...
PARTI
AGAMA
SOSIALIS
PAS.....elok tukor aje la ..
awat la ngok sangat hang ni maling... sokong ngan tak sokong pun tak reti beza??? patut la kena tipu ngan umNO zaman berzaman...... siannye aku tengok
awat la ngok sangat hang ni maling... sokong ngan tak sokong pun tak reti beza??? patut la kena tipu ngan umNO zaman berzaman...... siannye aku tengok
Assalamualaikum....
issue ttg Chin Peng ni tak sepatut nya di perbesar kan..ini satu agenda kerajaan sengaja mangapi-apikan rakyat ni yang mudah melenting bila di kaitkan dgn soal maruah negara....
Chin Peng ni join PKM time tu kenapa?...mmg saya hidup zaman ni tak rasa kepahitan, kesusahan masa zaman perang dulu..suka ker waktu tu PKM berkerajaan di dalam hutan,tidak diiktiraf ..tetapi mereka sanggup menempuh,meredah bagi memperjuangkan sesuatu yang mereka percaya.....mereka ingin kan juga kemerdekaan seperti parti-parti lain di kala itu..cuma jalan nya berbeza....!!
dan kita yang sekarang ni dah senang (konon nya)...tiba-tiba marah dan melenting bila Chin Peng mohon untuk pulang ke Malaysia...
Saya tgk Discovery Channel...ttg peristiwa perang di Omaha Beach antara German dan US masa WW2, dia org bawak bekas2 tentera German dan US bertemu...bila dia org jumpa ..relax jer..berjabat tangan..tanda keamanan..ok jer...tak der dendam berdarah kembali...
Kerajaan tu dari pada nak cocok-cocok rakyat...baik pegi jaga kebajikan tentera...pesara-pesara tentera, balu-balu tentera...jgn bagi elaun cukup-cukup makan jer..tambah lagi..mereka tu mmpertaruh kan nyawa untuk negara.....mereka ini kena di beri perhatian lebih..dari menjaga periuk nasi anada dan sedara-sedara anda sendiri...
SIAPA YANG MENANG PERANG DIA YANG TULIS SEJARAH...

Ini bukan pasal askar bintang tiga and askar melayu berjabat tangan. Ini bukan pasal cina, melayu dan India.Jangan taksub sangat. Ayahanda saya pernah ditembak komunis. Datuk saya seorang polis di bunuh komunis, bukan jepun. Tak masuk discovery channel pun. Ini bukan pasal PR versus UMNO. Melayu jangan lah taksub. Yang haram tetap haram, yang iblis tetap iblis. Wassalam
Catat Ulasan