Seperti dijangka suasana di DUN Perak pasti kecoh. Kekecohan berlaku apabila peraturan dan undang undang tidak dihormati. Sebab itu manusia perlu kepada undang undang jika ingin hidup dalam kaeadaan yang aman. Malangnya tiada istilah undang undang lagi di Perak.
Di saat ini pengasingan kuasa di Perak dah jadi rojak. Terkini apabila DUN Perak dimasuki oleh puluhan polis beruniform dan manusia yang tah turun dari planet mana. Dalam perbincangan semalam kami menimbulka tentang soal keselamatan ADUN PR. Ternyata telahan kami betul apabila Speaker sah Perak dilarikan polis atas alasan keselamatan. Siva tak pernah mohon perlindungan. Baginya unit Amal PAS lebih dipercayai dan diyakini.
Kekecohan didalam DUN adalah sesuatu yang memalukan. Semuanya gara gara "GILA KUASA". Ketika ini sidang sedang berlangsung dan semua Adun menghormati Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. Walaupun speaker PR telah diangkut dengan kasar oleh penceroboh dewan (POLIS), ADUN PR masih boleh menunjukkan kematangan dan menghormati raja MUda. Itu tandanya PR bukanlah penderhaka. Jika itu berlaku kepada umNO BN pasti mereka akan menunjukkan sikap biadab sebagaimana di Trengganu.
Harapan rakyat kini terlalu tinggi buat Raja Muda agar memerhati apa yang berlaku. Moga baginda memikirkan masa depan pemerintahan baginda kejadian sama takkan berulang kembali
1 ulasan:
Amat memalukan. UMNO tak berani nak berhadapan dgn RAKYAT utk menentukan siapa yg benar2 berhak memerintah PERAK. UMNO bacul dan hanya berselindung disebalik tahta raja, gunakan POLIS utk menakut2kan Rakyat. Muak sudah aku melihat gelagat mereka yg menganggap rakyat bodoh. Sidang DUN Perak ni sah ke? Kenapa Sultan Perak sendiri tak dtg merasmikannya. Kalau dah tak ada kuasa / tenaga turun jelah dari tahta dan lantik Sultan yg baru. Nak wakilkan kpd Raja Muda kenapa???? Harap peguam PR semak akan "delegation of power" utk merasmikan sidang DUN Perak ni sah ke? sebab banyak yg tak sah pun mereka (UMNO) buldoze jadikan sah!!! Mcm UMNO yg telah diharamkan jadi UMNO Baru kemudian jadi balik UMNO. Perkataan "Baru" hilang.? Saya malu nak mengaku asal dari Perak kerana Sultan yg sepatutnya bijak bertindak mcm .......???? Moga Allah selamatkan negeri Perak.
Catat Ulasan