Datuk seri Najib telah membayangkan kemungkinan pilihanraya di Perak perlu bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjangan. Kenyataan itu adalah yang terbaru setelah sekian lama Najib cuba mempertahankan tindakan haramnya merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat. Ianya susulan desakan pelbagai pihak terutama NGO, peguam, SUHAKAM malah kalangan pemimpin kompenan BN sendiri. najib mula mengendurkan pendirian BODOH SOMBONG nya dengan kesediaan berbincang dengan PR dalam isu Perak.
Apakah Najib telah mengalah atau sememangnya Najib telah melihat beliau akan kalah. Apa yang berlaku di depan Raja Muda di Sidang DUN 7 Mei mungkin isyarat awalnya. Ia diikuti dengan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.Desakan bertali arus dari pelbagai pihak telah menjatuhkan populiriti umNO BN khususnya di Perak. Kalangan peniaga adalah golongan yang paling menerima kesan dari keangkuhan dan kedegilan umNO membubarkan DUN.
Rakyat Perak telah mula cenderung bahawa hanya dengan membubarkan DUN sahaja kemelut ini akan berakhir. Kenyataan Najib juga susulan dari kenyataan istana telah menerima surat permohonan mengadap dari DS Nizar Jamaludin. Apakah beliau telah menerima isyarat Sultan memperkenankan pembubaran DUN Perak. Umum mengatahui, talibarut umNO memang berkeliaran sekitar dalam dan luar istana.
Ketidakselesaan dengan apa yang berlaku menyebabkan rakyat Perak mula menyalahkan umNO kerana bertindak menghalang pembubaran DUN. Sebahagiannya bimbang kerana bagi mereka keputusan mahkamah Tinggi memungkinkan PR berkuasa semula. Mereka lebih rela DUN dibubarkan. Penyokong PR sememangnya memperjuangkannya sejak awal. Memulangkan mandat kepada rakyat adalah satu keadilan!
Apakah kenyataan Najib yang menyatakan Istana yang memiliki kuasa itu sebagai satu jalan helah bela diri bahawa Sultan yang sebenarnya menolak pembubaran DUN, bukan umNO! Dengan ini , umNo boleh menyatakan mereka bukan penghalang pembubaran DUN. Di sudut politik mereka mungkin selamat dari hukuman rakyat. Apakah ini juga bermaksud Najib mengkambinghitamkan istana sebagai penghalang proses demokrasi pilihanraya ?
Rakyat semakin sedar, Isu perkauman semakin terhakis sebagaimana terhakisnya tuduhan derhaka kepada DS Nizar melalui rakaman lensa kemesraan DS Nizar dengan Raja Muda. Provokasi PR menyerahkan jawatan speaker kepada Hindu juga tak laku apabila umNo BN mencadangkan Ganesan sebagi speaker.
Kesimpulannya, umNo dalam dilemma.Petugas PR pula tak sewajarnya senang dengan keyakinan sokongan masyarakat khususnya di Perak. Percayalah..umNO akan menggunakan kaedah KAMIKAZE kerana mereka melihat kekalahan yang bakal menjelma sebagaimana kenyataan Mahathir.bagi umNO wang bukan persoalannya, malah keganasan juga adalah biasa bagi mereka....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan