Ahad, 17 Mei 2009

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN ADALAH JALAN TERBAIK PILIHAN PAS.

Harakah Daily melaporkan Datuk Husam Musa mengambil inisiatif bertemu dengan pimpinan kompenan BN bagi membincangkan penyelesaian isu di Perak. Dalam masa yang sama Datuk Nik Aziz dilihat tidak cenderung dengan apa apa perbincangan dengan BN. Seakan situasinya berbeza namun hakikatnya tetap sejalan. Itulah pemahaman dari apa yang berlaku. Segala Keputusan adalah dari mesyuarat PAS Pusat.Kenyataan TGNA adalah bersifat nasihat di atas alasan tersendiri. Inisiatif Husam juga mungkin di sudut berbeza namun tidak bercanggah dengan maksud TGNA.

Lebih menarik Husam menyatakan pertemuannya adalah atas dasar peribadi. Bukan atas kapasitinya sebagai Naib Presiden PAS. Apakah masyarakat umum dapat memisahkan diri Husam dengan jawatannya sebagai Naib Presiden PAS? Saya yakin atas dasar apa pun pertemuan itu berlangsung, Husam tetap dilihat mewakili PAS. Mungkin bukan mewakili Pakatan Rakyat. Itulah hakihat yang tak dapat dipisahkan! Cumanya Husam tidak mendapatkan mandat dari PAS untuk mewakili PAS.(blog Husam menyatakan beliau telah memaklumkan kepada Presiden dan Dewan Harian) Naumn beliau menjelaskan pertemuannya atas kapasiti peribadi bukan mewakili parti .Pastinya hasil perbincangan itu sedikit sebanyak akan menjadi modal hujjah Husam dalam Mesyuarat PAS. Namun tetap bukan suara PAS.

Saya antara puluhan ribu mungkin insan kerdil yang menyokong pendekatan bermesyuarat atau mungkin lebih sesuai dengan istilah yang Husam senangi dari TG Nik Aziz iaitu Muqabalah. Islam sememangnya menganjurkan kita berbincang dan bertemu dengan sesiapa sahaja. Mujadalah adalah antara pendekatan terbaik yang diisyaratkan oleh Allah. Apakah pertemuan Husam termasuk kategori mujadalah atau tidak bukanlah persoalannya. Rasul diperintahkan agar menyeru orang Yahudi berbincang di atas satu pertemuan dan penerimaan bersama iaitu "kalimatin sawa'". Syabas buat Datuk Husam yang begitu proaktif dalam isu ini.

Pas sememangnya telah mengiktiraf sebarang perbincangan sebagaimana dipetik kenyataan datuk Husam " "Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.". Saya yakin semua pertemuan sebelum ini juga adalah atas dasar peribadi termasuk pertemuan Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan Pak Lah suatu ketika dulu. Menentukan pertemuan itu atas nama parti atau bukan ialah apakah pertemuan itu mendapat mandat parti atau tidak. Jika ia dihantar oleh parti maka itu atas dasar parti. Jika tidak dihantar oleh parti, maka bukan atas nama parti. Apakah sukar memahami situasi ini??? mengapa pertemuan Ustaz Nasarudin dulu di sensasikan begitu hebat sehingga dilihat bersalah terhadap parti! Ini sesuatu yang SANGAT TIDAK ADIL! Apatah lagi Ustaz Nasha telah menghubungi presiden parti memaklumkan agar tiada fitnah.

Alasan ianya dilakukan secara tertutup bukanlah persolan. Apakah semua pertemuan mesti diumumkan? tidakkah pertemuan DSAI dengan Pak Lah di Selangor juga secara senyap asalnya?? Apatah lagi konsep parti tidak pernah mengizinkan keputusan secara individu walaupun oleh presiden parti.Pertemuan secara sulit dengan sesiapa sahaja adalah hak individu. Apakah kita lupa Dato Fadzil Nor adalah antara individu pertama mengunjungi DSAI setelah pemecatannya..atas dasar kawan. Tidakkah Allahyarham adalah Presiden PAS?

Sebenarnya pertemuan antara pemimpin PAS dan kerajaan adalah biasa. Jika mensasikannya beerti ada niat kurang baik apatah lagi jika kita sememangnya mengetahui dasar yang diputuskan oleh parti? Adalah diharapkan agar fitnah tidak terus berlegar di kalangan pimpinan parti yang kita sayangi. Jika ada kita tidak puas hati dengan prestasi seseorang pemimpin... maka bertandinglah secara baik dan berakhlak tanpa menyerang sesama jamaah.

Tidak perlu lobi melobi di dalam jamaah PAS kerana kita adalah jamaah Islam. Penyelesaian adalah di meja rundingan. Tindakan melempar tuduhan adalah budaya umNO. Menjawab tuduhan melalui media atau menyebarkan buku di dalam muktamar juga bukan budaya PAS . ianya budaya umNO! Jangan dimulakan budaya menyebar risalah kempen di dalam muktamar PAS.... carilah jalan lain yang terbaik. Perwakilan bukan BODOH!!!

akhirnya besarlah harapan agar ukhuwwah sesama jamaah terus dipelihara. Ahli dan perwakilan adalah mereka yang bijak.mereka membawa suara kawasan masing masing. Sewajarnya bagi kawasan yang belum menentukan calon yang dipilih membuat keputusan sebelum muktamar bermula. Bawalah suara dari kawasan...bukan kehendak individu. Nama calon pastinya telah diumumkan sebelum muktamar.... Anda adalah wakil yang membawa amanah kawasan bukan atas nama peribadi. Biar siapa pun anda!


4 ulasan:

Budak Ipoh Timor berkata...

salam zairah dato'

maaf membetulkan. Tuan Hj Husam pergi berbincang setelah mendapat persetujuan dari Tuan Guru Presiden dan Harian PAS Pusat terlebih dahulu.

ini seperti didalam posting blognya di sini
http://cetusan-hati.blogspot.com/2009/05/pembubaran-dun-perak-kian-hampir.html

Moga dengan pembetulan ini membantu kita dari bersikap salah faham terhadap pimpinan insyaALlah.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Terimakasih BIT. Saya merujuk Harakah Daily.. Apapun tiada salah sangka dengan pimpinan. cuma nak memperbetulkan salah faham terhadap tindakan pemimpin terdahulu yang lakukan perkara hampir sama....itu je...

Budak Ipoh Timor berkata...

Salam ziarah ...
Dato' kenapa masih tidak diperbetulkan artikel ini.

Jangan disebabkan artikel dato' yang dilihat masih menyimpan penyimpangan fakta ini nanti akan menjejaskan kredebiliti dato' sebagai blogger yang baik.

Mohon jasa baik dato' perbetulkan artikel ini segera kerana membabitkan fakta tentang pimpinan PAS yang salah. Ditakuti orang lain yang tidak merujuk kenyataan lain akan terpengaruh dengan fakta yang dato' berikan ini.

sekian terima kasih.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Jazakallah BIT.