Sabtu, 2 Mei 2009

S. GANESAN SEORANG MELAYU???

Saya dan seluruh rkyat Perak dan tak ketinggalan seluruh malaysia atau mungkin dunia sedang menanti tarih keramat 7 mei.Tarikh itu mungkin lebih keramat dari tarikh 16 september yang tak jadi. 16 september hanya satu kemungkinan sahaja...berjayakah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Sebelumnya telah ramai menduga kegagalan lantaran keseimbangan MP yang dikatakan minat menyertai PR membimbangkan masa depan Islam.

Tarikh 7 Mei ini adalah tarikh yang menentukan langkah seterusnya BN dan Pakatan Rakyat. Juga mungkin mempengaruhi sedikit sebanyak keputusan di mahkamah. Mungkin sekali lagi institusi istana akan diheret dalam politik kepartian terutama ketika ucapan perasmian. Bagaimana keadaan songsang yang berlaku sekarang berkaitan pengurusan DUN Perak akan dapat diterbalikkan semula? Apakah ada kekecohan ketika persidangan? Apakah mungkin ADUN PR akan boikot persidangan dan serba serabai kemungkinan pasti berlaku...



Saya rasa biarlah tarikh itu menentukan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku...Yang pasti, ianya persidangan songsang bertujuan merampas kerusi Speaker yang telah dirampas secara tidak bermaruah sejak persidangan bawah pokok 3 mac lalu. Apapun perhatiannya tetap mengenai kuasa speaker yang terlepas pandang ketika konspirasi rampasan kuasa di Perak berlaku.
Saya msih ingat serangan kepada Pakatan Rakyat antara lain ialah berkaitan perlantikan Sivakumar sebagai Speaker. umNo mendendang lagu basinya menentang seorang india hindu menjadi speaker Perak. Hinanya melayu...dan bermacam lagi sumpah seranah umNO yang disebar melalui media cetak dan dihantar ke setiap pelusuk rumah melayu... Namun hari ini cadangan Ganesan sebagai sebagai speaker mendedahkan sikap sebenar umNO. atau umNO merasakan Genesan seorang melayu atau telah dimelayukan. agar melayu Zamri dan Ganesan tak jauh beza...umNO memang menggunakan perkauman untuk kepentingan mereka. Namun apabila ia dilihat merugikan lantaran perubahan minda masyarakat yang telah sedar dari pelali perkauman umnO, mereka menjilat kembali kahak yang diludah.




Bagi umNO tiada istilah maruah atau harga diri. Sememangnya mereka adalah kerajaan HARAM. apa dipeduli soal prinsip dan maruah. Bagi mereka yang penting adalah kuasa...seumpama Yahudi yang tak peduli soal kemanusiaan, jauh sekali kebenaran dan harga diri. Itulah umNO yang diharap sebahagian melayu layu agar memperjuangkan nasib mereka.

Pengumuman pembatalan kementerian pembangunan usahawan dan koperasi, 30 peratus peganngan saham syarikat dalam projek berkait kerajaan, dan bermacamlagi keistimewaan melayu telah lama dibuang umNO namun disembunyikan oleh media. Mereka menyedari , sekarang mereka berada di zaman tiada lagi isu perkauman. Najib yang melancarkan One Malaysia mendedahkan sikap sebenar munafiq mereka.

Kita nantikan bersama, adakah cita cita umNo meletakkan Ganesan seorang Melayu sebagai speaker menggantikan Sivakumar seorang India sebagai speaker akan terlaksana. Saya yakin kalau Zamri adalah menteri Besar Pakatan Rakyat, umNO akan mencanangkan Zamri bukan Melayu, dia seorang keturunan India di Pulau Pangkor...tanyalah orang Pangkor dan macam macam lagi tuduhan akan ditiupkan dengan asas perkauman..itulah umNO...

Percayalah.... Perkauman kini tidak lagi laku dalam dunia yang celik terhadap kemajuan dan potensi diri. Semua bangsa merindukan keadilan. Hatta Amerika yang pernah memperhambakan orang kulit hitam telah mengangkat bangsa itu menjadi presiden...anda fikir..orang Malaysia masih peduli soal kaum??? saya fikir tidak.... kecuali BANGSA umNO!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Sama-sama Melayu dari Kerala!

~PakKaramu~ berkata...

Salam,

Orang melayu belum tentu dia islam