Rabu, 6 Mei 2009

umNO IBARAT SESUMPAH

Detik 7 Mei bakal mencatat sejarah baru dalam negara. Menentukan batas kuasa speaker yang selama ini dihormati dalam dewan Undangan negeri dan Parlimen. Apa yang bakal terjadi di Ipoh bakal menentukan nilai DUN dan Parlimen di masa depan.

Keputusan ADUN BN di Perak mempertikaikan pergantungan mereka oleh speaker mula menjadi bahan rujukan apabila Gobind Sigh yang juga digantung speaker menggunakan saluran sama bagi menghalang kuasa speaker. Jelas satu penderhakaan kepada speaker dan penghinaan kepada DUN telah diwariskan umNO demi kepentingan politik mereka. umNo pernah mewariskan penderhakaan rakyat kepada sultan ketika usaha menghapuskan imuniti raja melayu. Kini umNo menjadi pembela raja dan berselimut di sebalik pakaian istana.

Apa yang jelas umNo adalah parti yang tidak memiliki prinsip perjuangan. Mereka bisa saja berubah apabila keadan tidak menyebelahi mereka. Bagi umNO tiada istilah kepentingan rakyat, maruah dan harga diri. Jauh sekali prinsip perjuangan. umNo menggunakan parlimen dengan kuasa rakyat menghina dan mencabut kuasa rakyat. Hari ini di Perak umNo menggunakan kuasa raja merampas kuasa rakyat di DUN perak.

Segala kekalutan yang berlaku melambangkan umNo sebagai parti yang langsung tak boleh diharapkan. Di saat masyarakat bukan melayu menolak umNo, Najib tanpa rasa bersalah mengapikan perkauman dalam perkembangan politik Perak, hari ini melancarkan one Malaysia yang jelas bertentangan dengan konsep kebangsaan yang dilaungkan selama ini.

Kesimpulannya, umNo adalah sesumpah. warnanya berubah mengikut faktor sekeliling. Yang pasti, warna umNo yang sering bertukar mula menjadikan warna- warnanya itu pudar dan sukar dipulihkan...

2 ulasan:

Parpu Kari berkata...

YE KE, KENAPA ANWAR TAK BERANI NAK SUMPAH YA?

MUAHAHAHAHAHAHAHA

AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

Tanpa Nama berkata...

Parpu kari
Boleh jalan daa , kalau dah hati batu tu ,batu jugalah. langsung tak bolih berfikir. Allah jadikan kamu sebagai manusia agar bolih berfikir, tapi kamu lebih dunggu rupanya.
Kamu juga macam sesumpah.