Isnin, 11 Mei 2009

USTAZ ZAWAWI KETUA PEMUDA PERAK

Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung di Dewan TG HJ Samad Noh Air Kuning menyaksikan perubahan kepimpinan yang ketara. Namun perubahan itu bukan lah penolakan kepada kepimpinan lama. Perubahan berlaku lantara kebanyakan pemimpin lama melepasi usia kepemudaan.

Muktamar juga menyaksikan perubahan sikap perwakilan yang selama ini dilihat sekadar mengisi peraturan pertubuhan. Acah mengacah sedikit berlaku bagi menguji kematangan kepimpinan dan keikhlasan perwakilan membuat teguran. Apapun, ternyata perwakilan mula merasai tempias rampasa kuasa di Perak

Apa yang berlaku di Perak menyebabkan perwakilan pemuda lebih terkehadapan dalam mempertahankan kerajaan rakyat. Suara yang menuntut pemuda lebih berperanan menangani isu terutama rampasan kuasa jelas melatari setiap perbahasan.

Pemilihan menyaksikan Ustaz Zawawi dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS Perak mengalahkan seorang pencabar. Timbalan dan naib menyaksikan kemenangan tanpa bertanding kepada Ustaz Nuri Al Amen sebagai Timbalan dan sdr Salman sebagai Naib.



Tiada ulasan: