Ahad, 7 Jun 2009

PANDANGAN DI AKHIR MUKTAMAR.


Alhamdulillah... Tahniah buat semua perwakilan PAS ke muktamar yang berakhir petang tadi. Bermula dengan keputusan yang dinanti dengan penuh kebimbangan...setelah diumumkan ada pula golongan munafiq yang cuba menimbulkan isu penyelewengan dalam pengiraan undi.... dan bermacam lagi kekalutan yang disifatkan TGHH... "ada manis dan pahit ... kalau terlalu manis akan kencing manis...terlalu pahit sembelit".

Sewajarnya setelah keputusan perwakilan dibuat, tiada lagi cerita sumbang di belakang. Sewajarnya keputusan perwakilan dihormati dan disanjung tinggi. Perbezaan pendapat adalah biasa dalam islam namun ianya tidak meretakkan hubungan dan ukhuwwah. Ianya diraikan namun apabila ia datang dalam bentuk arahan pimpinan...selagi tidak bercanggah dengan Quran dan hadis WAJIB DITAATI!. itulah erti Wala' yang antara lain disentuh timbalan Mursyidul Am Dr Harun Din dalam pergulungan tadi.

Sifat keterbukaan pimpinAn dan perwakilan ketika membahaskan usul serta ketegasan prinsip dan pandangan masing masing amat dikagumi. Pertembungan terbuka antara perwakilan Shah Alam yang sememangnya dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan utama Parti telah disanggah oleh perwakilan pemuda. Ianya sedikit panas namun itulah yang menyegarkan muktamar. Tiada lagi sikap menjaga hati melampau hingga tersembunyi hasrat hati dan dipanjangkan diluar muktamar. SEMUA SEPATUTNYA BOLEH BERAKHIR DI DEWAN!

Paling menarik sikap calon timbalan Presiden yang kalah Husam musa dan Dr Harun Din. Husam yang dilihat seakan menjadikan ucapan Dr Harun Din sebagai antara faktor kekalahan beliau apabila isu "musuh dalam selimut " dibangkitkan dan menuntut penjelasan Dr Harun Din. Dr Harun mengambil kesempatan menjelaskan isu tersebut dan memperkemaskan sikap jamaah dalam masalah wala' kepada pimpinan. Dr Harun menafikan tuduhan ungkapan itu ditujukan kepada kelompok dalam parti sebaliknya sebagai ingatan buat jamaah.

Turut mencuri tumpuan ialah pergulungan bekas naib presiden yang tidak bertanding , Ahmad Awang. Beliau mengambil kesempatan seakan mengesahkan ada usaha membawa PAS bersama umNO ... atas alasan beliau tidak lagi bersama kepimpinan PAS maka beliau ingin memberi nasihat... Secara peribadi, saya merasakan.. ahmad Awang tak perlu memberi nasihat untuk orang yang ingin berjuang terus didalam PAS kerana beliau seakan memencilkan diri dari PAS.

Ahmad Awang menarik diri dari seluruh peringkat kepimpinan PAS. tak tahulah apa alasan beliau..tetapi kesihatan bukan faktornya... mungkin peringkat kepimpinan di Perak ada jawapan dan spekulasinya..... apakah ini antara uzlah???? atau ada alasan lain...sukar untuk dimengerti... seorang yang berada di kedudukan ke tiga dalam parti melepaskan semua jawatan parti termasuk di peringkat negeri..... mungkin untuk muhasabah diri... hanya doa yang terbaik untuk ustaz Ahmad Awang.

Semoga tumpuan selepas ini ialah memperkukuhkan parti.JANGAN LUPA KITA ADALAH PARTI SIASAH DAN DAKWAH... TAK SAMA DENGAN PKR DAN DAP WALAU KITA BERSAMA BERJUANG DALAM SAF YANG SAMA!!!

3 ulasan:

TBO berkata...

salam

wah anak sengat sedapnye mulut tuduh sesama Jemaah sebagai munafiq.Enta ni penghukum ke pendakwah. Maaf jika agak kasar tetapi perlu ditegur juge, sbb munafiq eee berat oooii.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

maaf sdr TBO,
saya melihat yang menyebarkan berita ini dari kalangan luar. Setelah ditinjau memang sumber berita dari kalangan bukan jamaah!
Rujuk hadis 3 tanda nifaq,
kita kalangan jamaah mesti rujuk sumber pasti dari jamaah bukan bloger BUKAN jamaah. Rujuk surah Hujurat.
Saya sedar dengan tuduhan berat itu kerana futnah yang disebar oleh orang ini terlalu berat. Saya ada di muktamar tetapi isu ini tak jadi isu...kenapa kita ambil berita jamaah dalam muktamar jamaah bukan dari kalangan sumber sesama jamaah...
terima kasih atas ingatan... nasihat sdr dihargai dan diberi perhatian. jazakallah

TBO berkata...

salam

kita boleh cakap je dato camni2 adalah tanda orang munafiq,saya risau tuan terus letak golongan munafiq dalam posting tuan. Adakah tuan pasti yang menimbulkan isu penyelewengan undi itu bukan ahli Jemaah PAS.Allahu'alam. Allah knows best.