Rabu, 10 Jun 2009

TAKUT HANTU YANG TAK DIKENALI...


Hari ini terlalu banyak cerita hantu yang kita tahu. Nama hantu yang dah pupus dulu muncul kembali. Kita takut dengan hantu dulu kerana kita selalu ditakutkan dengan hantu yang mampu membunuh, mencekik dan sebagainya. Sepaham saya belum ada hantu yang membunuh kerana hantu adalah syaitan yang dicipta dari sumber berbeza yang tak mampu menyentuh kita... hanya menakutkan...

Memang masa duduk kat kampung, kita amat takut bila lalu di tepi tanah perkuburan melayu. Mungkin kerana semak atau pelbagai cerita yang menakutkan. Bila saya sekolah di Izzuddin Shah sampai hari ini di beritahu terlalu banyak "projek" kat kubur cina belakang padang Sultan Abd Aziz. Tak takut hantu ke??? MALAH PROJEK ATAS KUBUR LAGI...

Sebenarnya orang tak takut hantu Cina kerana dalam filem cina hantunya bersifat lawak. Boleh berhenti dengan hanya tampal plaster jepun je.... lepas tu main lompat plak..bukan terbang macam hantu melayu....kesimpulannya hantu ditakuti kerana gambaran hantu itu selamanya buruk.... cuba kita gambarkan hantu tu cantik macam Harum sundal Malam " maya Karin???? Atau macam orang dulu kata kalau dapat letak paku kat tengkuk Langsuir, kita akan dapat gadis yang cantik???? mesti ramai jadi pemburu hantu kan????? mungkin saya antaranya.... melalut pasal hantu la plak...

Apa yang saya nak ketengahkan ialah ketakutan masyarakat kita terhadap hantu... Sebenarnya ketakutan itulah musuh utama kita. Kemalangan berlaku kerana gangguan hantu menakutkan orang bukan kerana hantu mencekik orang... sebab tu masa belajar dulu.. Dr Harun Din Nasihatkan.."kalau takut hantu berhenti dulu dan baca ayat Kursi..jangan lari... hentikan dulu kenderaaan..." Kata kawan saya " kalau dah takut macam mana nak berhenti???" ya tak ye jugak.... puncanya TAKUT.

Kalau di tanya berapa orang yang pernah bertemu hantu??? jawapannya dua antara sepuluh ribu kut.. itu pun satu darinya ..pokok pisang yang disangka hantu...Ramai yang lari atau memandu laju kerana takut hantu lalu kemalangan. Ramai juga yang hilang kawalan hanya kerana takut bila melihat bayang seakan hantu dan jatuh lumpur kerana bayang itu . PERSOALANNYA ..HARUSKAH KITA TAKUT SESUATU YANG KITA TAK PASTI??? kenapa tak diselidiki terlebih dahulu??? tidakkah gopoh itu dari syaitan??

saya amat bimbang kita membunuh kawan kita kerana kita ditakutkan kononnya ada perompak yang menunggu di luar pintu rumah kita...bila kita menyerang ...rupanya kawan karib yang bertujuan menghantar hadiah untuk kita.... andai parang yang kita gunakan dan sahabat kita luka atau mati...tidakkah kita menyesal?????

Lebih malang lagi jika kita memukul seseorang dalam gelap hanya kerana ketakutan kita terhadap hantu, rupanya itu adalah ayah yang membesarkan kita..kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi terhadap kita..walau berkali ayah menyebut" ini ayah bukan hantu..." hanya kerana ketakutan terhadap HANTU YANG SELAMA INI KITA TAKUTI... SEDANG TAK PERNAH KITA TEMUI

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum
betul tue...ketakutan yang menjadi-jadi sekarang amat-amat membimbangkan..sampai menutup terus arahan allah dan rasul..
ketakutan yang melampau menyebabkan hilangnya wala' dan taat kepada pemimpin..
ana rasa ust kena tarbiyyah orang-orang nie..
selamat berjuang

tok_gajah berkata...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

Kiasan yang baik, Ustaz. Memang kita bimbang kawan akan terbunuh kawan hanya kerana perasaan takut. Tetapi saya rasa ada di antara 'kawan' yang membunuh itu sebenarnya bukan kawan sejati pun. Mereka adalah penyamar yang berada di kalangan kita tetapi mempunyai agenda yang berbeza.Itu sebab ghairah sangat mereka menghasut.

Osebuega berkata...

Hantu!!! baguih punyer topik ni...
Mari lihat perbandingan di bawah ini....

Hantu bagi najib ialah rosmah
hantu bagi najib ialah razak bginda
hantu bagi najib ialah pak lah
hantu bagi najib ialah tun M
hantu bagi najib ialah mukhriz
hantu bagi najib ialah khairi
hantu bagi najib ialah muh yid din
hantu bagi najib ialah altantuya...

Hantu bagi umNgok... ialah Najib..

Apapun semuanyer dikira hantulah...

Sheikh anak sengat,

jangan luper program kita k...

Tanpa Nama berkata...

Sian kat Tok Guru Mursyidul 'Am.
Teman ingatkan dia tu hebat sangat.
Upernyer penakut giler ngan hantu. Pemimpin apa camni

Kalau camtu teman cadang Dr Haron Dina leh amik jawatan TGNA tu la coz dia lebih berani menangkap hantu.

Apa macam kawan? Ada berani???

Osebuega berkata...

Awat la hang bodoh sgt wahai si anon oii.... buat pengetahuan hang, antu jenis mcm hang ni je yg ditakuti oleh rakyat Malaysia terutama yg berugama Islam... Hang ni jenis letak bom dua tiga tan kat badan pas tu diletupkan di pejabat perdana menteri israel... muahaaa muahaaa

future phenomenon berkata...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikumwarahmatullah
kita berada dalam jamaah..dan kita di ajar untuk tidak taasub kepada mana-mana pimpinan sama ada preseden atau mursyidul am..
kefahaman taasub kepada pimpinanan bukan kepada jamaah adalah kefahaman yang bathil..