Rabu, 8 Julai 2009

MASANYA UNTUK MENGHURAI KEKUSUTAN DALAM PAKATAN!!

Manik Urai menampakkan riak kemenangan bagi PAS. umNO tiada isu yang boleh disalur dan diberi suntikan di Manik Urai. Akhbar seakan sepi menyerang PAS di Manik Urai dalam erti kata yang sebenar..kalau ada hanya isu sangkut yang tak mengubah situasi dan sokongan.

Apa yang terhidu hanya umpan dalam isu wacana cadangan pemuda yang nampaknya kini makan tuan. Yang termakan hanya sorang dua yang barangkali ada rasa tak selesa dengan kepimpinan pemuda sekarang. Keseluruhan isu tersebut memberi kelebihan kepada PAS.

Di Kedah, isu babi yang sangat tak digemari oleh orang melayu kerana kesialannya sedikit mengeruhkan suasana. Bukan kerana babi yang sememangnya bernajis itu menjadi puncanya, tetapi sikap rakan yang terlalu menjaga diri dan survival politik mereka. Isu yang sepatutnya diselesaikan secara adik beradik menjadi biawak hidup yang menjadi talian hayat umNo di Manik Urai. Nasib lah Manik Urai kawasan majoriti melayu.

PKR pula sekarang sedang bertungkus lumus menyediakan team yang boleh menyelamatkan DSAI dari ulangan konspirasi umNo untuk menghumban DSAI ke penjara semula. Tercalarnya hubungan PKR dengan dap di Pulau Pinang gara gara perlantikan ahli Majlis perbandaran tetap menampakkan sedikit kerapuhan dalam memahami kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat.

Umum memahami dan dapat melihat kecenderungan masyarakat bukan Islam terhadap PAS khususnya melalui kelab penyokong. Mungkin jika diselami berlaku sedikit prasangka kelab penyokong terhadap pimpinan PAS terutama Presiden dalam isu yang kini dah selesai. Itu pun berpunca dari sikap beberapa kerat pemimpin terbabit yang tidak dilihat menjernihkan keadaan dan memberi penerangan kepada pimpinan kelab selain mainan media. Sesekali mereka dilihat lebih mengeruhkan suasana...mungkin ada sebab tersendiri yang tak wajar berlaku...

DAP menyedari suasana yang mula berpihak kepada PAS ini. Sepertinya dalam keadaan tertentu beberapa pimpinan DAP tidak bersikap mendamaikan suasana dalam meraikan sahabat dalam Pakatan. Ia tidak berlaku sebagaimana sikap beberapa pimpinan PAS yang terkadang terlebih dalam meraikan perasaan sahabat dalam Pakatan. Bayangkanlah.... bagaimana usul yang telah dibahas dan diterima di dalam muktamar PAS Pusat pun boleh ditarik dan dipinda semula..... saya tak tahu dari segi tenikal nya apakah usul tersebut masih boleh dijadikan usul lagi kerana ianya dipinda di luar muktamar!Kalau di Mahkamah..SAH ianya ditolak..

Dalam isu babi yang barangkali sebahagian masyarakat cina moden pun sudah memandang keji kepada babi terutama setelah serangan JE dan HINI baru baru ini, pemimpin DAP Kedah mengambil sikap keanakan dengan mengistiharkan keluar dari Pakatan. Sememangnya ia tidak menjejaskan Pakatan Kedah, namun sikap mengungut keluar Pakatan adalah nakal dan keanak anakan. PAS sendiri seingat saya tak pernah mengugut keluar Pakatan selain kenyataan tegas TG Presiden suatu masa dahulu bahawa PAS tidak akan bersama membentuk kerajaan Malaysia jika Islam tidak dominan, ketika isu 16 September.

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh pimpinan PAS termasuk ulasan Ketua Penerangan, Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad bahawa PAS tidak pernah mengkhianati kawan. DAP pernah meninggalkan BA suatu ketika dulu. Ombak mac melembutkan hati pemimpin DAP termasuk di Perak ketika usaha awal melantik DS Nizar sebagai MB Perak ditentang oleh Lim Kit Siang. Kenyataan keras Karpal tak perlu diulang lagi termasuk kepada DSAI. Ugutan menjadi senjata DAP akhir akhir ini. Pimpinan utama Pakatan wajar melihat situasi ini dengan serius.

Pakatan Rakyat barangkali perlu lebih kerap duduk semeja membincangkan isu sikap dan pendirian yang lebih jelas dalam gabungan. Sememangnya kita bersama dalam isu yang kita sependapat, Itu yang disuruh Al Quran, namun telah tiba masanya kita mengendurkan isu yang berbeza. Saya amat yakin penjelasan dan hujjah yang mantap akan dapat mengendurkan perbezaan yang berakar umbi. Isu negara Islam umpamanya, sesuatu yang sangat ditakuti oleh sebilangan pimpinan DAP yang mungkin tidak lagi ditakuti oleh penyokong mereka yang kerap bersama penyokong dan pendakwah PAS di lumpur masyarakat.

Sewajarnya perbincangan dalam perkara yang berbeza ini dapat dilakukan bagi menyediakan PR sebagai kerajaan menunggu. Ianya mesti diselesaikan sebelum kita membentuk kerajaan. Mungkin juga sebelum kejayaan sebarang konspirasi menghumban DSAI ke penjara, kerana dilihat DSAi sebagai orang tengah perbezaan PAS dan DAP. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Kesediaan untuk berhujjah dan berlapang dada kepada kebenaran mampu mendamaikan dan mengekalkan kebersamaan kita. umNo hanya berharap agar akan ada pertelingkahan dan perbalahan dalam PR sebagai talian hayat mereka untuk terus berkuasa.

Perlu diberi perhatian, pertemuan itu bersifat kekeluargaan, Jangan ada yang di jaja diluar pertemuan terutama media. Biarlah berbalah asal tak bertumbuk sudah dalam mempertahankan prinsip masing masing dan mencari satu persamaan... yang akhirnya kita akur kepada kebenaran.... SAYA AMAT YAKINI... KEBENARAN HANYA MILIK ISLAM!

Tiada ulasan: