Sabtu, 25 Julai 2009

PEKIDA TARIK KERETA DIPERLUKAN 1 OGOS DI KL!


Satu lagi strategi yang bakal di gunakan bagi menghalang Perarakan GMI ke istana negara. Ternyata kerajaan umNo gagal menyekat kebangkitan rakyat. Sekatan dan halangan yang dilakukan hanya menaikkan semangat untuk digandakan himpunan tersebut.

Ternyata kejayaan himpunan BERSIH dan PPSMI sesuatu yang diluar dugaan. Penglibatan pelbagai pihak dalam PPSMI menggerunkan umNO. Mereka menghalang bas dan kenderaan di Tol Duta...Bas ditinggalkan dan berjalan kaki demi mencapai tujuan perjalanan. SANGAT MENGKAGUMKAN!..

1 Ogos satu lagi himpunan besar dilakukan. Hapuskan ISA. Beralasan ISA sedang dalam kajian, pemuda UMno KONONNYA bertindak berkecuali. Khairy jamaludin telah mengarahkannya,.,...betulkah??? Siapa pula yang akan bersama NGO yang akan jua turut berhimpun menyokong ISA? mereka bertemakan 1 Malaysia, dalam masa yang sama pertahankan hak keistimewaan Melayu...slogan cacamerba yang bercanggah antara satu sama lain???

Ibrahim Ali antara penyokong kuat Sokong ISA. Mereka mengancamkan akan meneruskan himpunan jika GMI terus berdegil. Pastinya polis akan menggunakan alasan mengelakkan pertembungan bagi menghalang himpunan kali ini... Peta perhimpunan antara dua kelompok yang disiarkan Malaysiakini jelas menunjukkan sokong ISA sengaja MENCARI PASAL! Saya yakin mereka akan berperisaikan polis jikia mereka benar berani berhimpun... soalnya,,, siapa bersama kumpulan sokong ISA ini???

Apakah PEKIDA tarik kereta akan digunakan lagi seperti di sidang bawah pokok di Ipoh. Tentunya mamat bersongkok tinggi ini amat dikehendaki bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh penjilat "Punggong Mahathir" ( sumpah Ibrahim Ali jika kembali ke umNO) . Siapa yang akan bersama sokong ISA ini??? Polis sewajarnya melihat bahawa kumpulan yang akan buat kacau adalah kumpulan sokong ISA. Mereka boleh memilih tarikh lain ..namun mereka memilih untuk tarikh yang sama dan tempat yang sama!!! pastinya untuk buat kacau.... BERMAIN API NAMPAK??????

GMI mesti memberi arahan jelas kepada anti ISA dalam menangani tindakan kepada kumpulan pencacai dan balaci ini. Ibrahim Ali ternyata silap perhitungan memilih jalan ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib... katak bodoh!.... Kini dua kumpulan...FRU dan balaci akan dihadapi oleh GMI... pastinya mereka yang datang pada 1 Ogos akan lebih bersedia dan bersemangat...percayalah..yang datang sebenarnya ketagih asap kemeyan setan dan air kencing iblis dari FRU... berbeza dengan balaci Katak balaci... Cabaran dari kumpulan pencacai ini tentunya akan menjadikan Demonstrasi GMI akan lebih menarik! tak percaya...ayoh kita bersama! BAGI PEJUANG iSLAM...IANYA PINTU JIHAD..MENENTANG KEZALIMAN!

Kita nantikan.... siapa pejuang dan siapa dalang..AYUH KITA BERSAMA MENENTANG KEZALIMAN!

8 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

hahahah moh lerah... mari kite tengok siape yg kene?

Muzika Akustika berkata...

Geng depa mari di beri upah, tambang di kasi, makan di beli. Satu tentangan Bathil untuk GMI. Tapi insya-Allah tidak akan menggugat semangat pejuang sebenar. Allahu Akbar!

Unknown berkata...

Maaf le wahai anaksengat, pekida mana berani tarik kereta org.... depa berani tarik kereta mainan je!!!... Utk pengetahuan semua, org pekida ni bukannye berani, bile ramai berani le tapi kalu setakat depa ada 2-3 org mau depa kecut anu dan diamkan diri je.... Masak benar dgn perangai org2 yg mengaku diri depa pekida ni....

RadenMas berkata...

RENUNGAN PEMBACA

Saya ingin mengambil kesempatan ini berkongsi cerita benar yang terjadi pada diri saya dan keluarga saya.Pada tahun 2008 saya telah diberhentikan kerja jadi isterilah yang menyara kehidupan buat sementara saya dapat perkerjaan semula.Saya mempunyai sebuah kereta kancil WGS 8567 warna hijau bukan tidak berbayar tetapi lewat bayar kerana tak cukup duit,Surat dari pihak bank pun saya tidak terima kerana pihak bank telah dimaklumkan masalah tersebut.Tiba tiba datang 3 orang samseng tahi kucing ke tempat kerja isteri saya mengertak isteri saya merampas kunci kereta dan melarikan kereta kancil tersebut.Saya pada masa tersebut tiada krana pergi mencari kerja dpt panggilan talipon melalui isteri saya maklumkan kejadian tersebut.Saya pun cari siapa yng empunya kerja ini rupanya budak PEKIDA Alhamdulillah hir robil alam min ini lah caranya kumpulan tersebut berdakwah tiada lain dari menyusahkan orang yang sudah susah.Saya menitiskan airmata melihat anak isteri pulang dari kerja berjalan kaki dari stesen komoter bangi ke rumah dalam hujan lebat sehingga basah kuyup baju dan buku sekolah anak saya.Ingin saya bertanya kepada Ahli PEKIDA semua apakah ini perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat.Dunia akhirat saya tidak akan lepaskan mereka semua.saya tetap cari walau sampai kiamat pun maruah anak isteri saya tetap saya tebus walau nyawa saya jadi taruhannya sila call saya 0172407786.Jika anda tahu siapa yang melakukannya

RADENMAS berkata...

BAI AAH ISLAMIAH

Bai aah Islamiah telah wujud sejak zaman rasullullah dan para sahabat lagi, seterusnya disambung perjuangannya oleh para wali.tidak ada lain agenda Bai aah tersebut hanya lah satu maklamat dan tujuan 1.Menjunjung hukum ALLah 2.mengeratkan sailaturahim sesama umat 3.menyatukan Umat Islam 4.mengukuhkan ekonomi Umat Islam itu lah agenda utama Bai aah di wujudkan.Dan AL Quran nur karim sebagai pegangan dan pedomannya maka lahirlah jemaah Al Quran nur karim yang sejati.Tetapi pada hari ini Bai aah telah di permainkan dengan berbagai pertubuhan yang cetek dalam agama serta tidak mengikut fahaman serta dalil dan nas para Ulama mereka mentafsir hukum dan Bai aah mengikut suka mereka.Lahir lah jemaah songsang dan sesat yang menambah burukan nama pertubuhan PEKIDA.Mereka mempermainkan sumpah dan janji mereka tapi mereka lupa setiap yng bersumpah dan berjanji itu di tuntut oleh ALLAH swt kerana setiap sumpah dan janji ada saksinya samada saksi nyata dan saksi ghaib dan ada yang maha menyaksikannya.Apa yang tersirat dan tersurat ada didalam AL Quran nur karim dan ada didalam tubuh seluruh jemaah 30 juzuk 6666 ayat mengisi setiap urat saraf umat islam jangan sampai bila sumpah dan janji dipermainkan maka dengan izin ALLAH akan menyembur keluar dari setiap rongga darah dari tubuh mereka jika mereka masih menyenbunyikan kebenaran AL Quran nur karim serta mempermainkan Bai aah yang telah mereka lafazkan.Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya jadi gangster atau perkara yang luar dari agama,Rasulullah mahu kan umatnya berakhlak beriman dengan AL Quran dan kitab kitabnya.Tapi hari ini Bai aah tersebar luas bercambah bagai cendawan lepas hujan bukan untuk membangunkan umat tetapi untuk merosakan serta menyesatkan akidah umat Islam.Siapakah yang harus bertanggungjawab diatas kesilapan ini adakah Ulama atau pemimpin semoga ALLAH tunjukkan kebenaranya demi satu kebaikan.dan kesucian agama islam.Jangan sehingga bala dan azab telah ALLAH turunkan mereka baru sedar sudah terlewat bile segalanya telah ditarik oleh ALLAH swt maka kosonglah jiwa mereka.Darah yang akan keluar mengalir dari setiap rongga itu lah akan menyuci dosa dosa mereka lakukan.kerana termakan sumpah dan janji mereka sendiri.Kebenaran pasti datang bila sampai saja bersiaplah wahai umat muhammad nyawa sudah sampai penghujungnya kerana kebahtilan dan kezaliman kamu sendiri.Jangan salam berpaut kelingking berkait.Bai aah Islamiah bukan ada di bumi malaysia saja di seluruh dunia Islam ada pertubuhannya.Janganlah agama di permainkan sumpah dan janji diperlekehkan akhirnya memakan diri.Jika tak tahu mendalam ngaji dulu jangan bercakap mengikut gejolak nafsu serakah fahamkan dulu Al fatihah dan surah AL ikhlas baru sebut fi sabilillah sudah cukupkan segalanya mau jadi fi sabilillah sedangkan Bai aah pun masih belum faham.Ngaji dulu dik blajar lah selagi ada kesempatan jadi lah jemaah AL Quran yang sejati.demi agama bangsa dan negara.Ikhlas li la hi taala.selamat lah di dunia dan di akhirat.Mungkin yang menurunkan Bai aah juga kurang arif dalam agama agaknya jika benar mereka faham tidak lah umat jadi begini.Subahanallah.Semoga ALLAH menunjukan akan kebenaran Al quran nur karim.Amin.

Rozana Mohd Yusof berkata...

yamangoui,kita rakyat! kita tidak perlu takut pada sesiapa,pemerintah pun kita perlu hadapi!!kita ada satu kekuatan yang tidak boleh digugat!!!ayuh moh kita ke KL, 1 ogos pasti menjanjikan kita ganjaran yang besar!!!!kemenangan itu perlu,watikah sampai, dengan selamat keistana negara!!!!!!!!

Pekida punya halangan,Mudah!bergemgam eratlah sesama tangan kamu apabila menghadapi kelompok durjana ini.berbaris lah kamu,nescaya dibawah tapak kakilah hinanya mereka,ayuh gempur!!!!

Rozana Mohd Yusof berkata...

yamangoui,mulai saat ini pakida pakida yang terpilih ini,terutama yang tarik kereta.kita !!kita letak mereka sama taraf dengan PERAGUT JALANAN!!!.moh !kita mainkan isu ini seluas luasnya.kita bersatu atas yang bathil.

Goloksetan berkata...

PERJUANGAN

semua orang sebut mengenai Perjuangan tapi adakah mereka faham apa sebenarnya yang mereka perjuangkan,Setiap perjuangan perlukan pengorbanan sama ada nyawa atau benda itu lah perjuangan yang sejati.Perjuangan tidak akan berakhir dengan kemenangan selagi pejuangnya berjuang dengan mengunakan air liur,mata pena,menjerit jerit ibarat seperti anjing menyalak bukit,Bukit tak runtuh.Yang malunya pejuang itu sendiri malu keturunan nya di atas perbuatan bacul yang tidak bertamadun sedangkan datuk nenek mereka dahulu berjuang bermatian menentang penjajah inggeris tapi kini anak cucu mereka berjuang bagai orang disampuk sawan menyalak bagai anjing menyalak bukit..adakah itu dikatakan perjuangan.Itu bukan perjuangan itu tunjuk perasaan namanya.jangan salah tafsir maksud perjuangan dan tunjuk perasaan.terlalu jauh bezanya.Apakah orang melayu kini sudah hilang budaya bangsa sudah tiada nilai kesopanan sudah tiada sifat malu,"Antan dengan alu berlaga beras jatuh ayam yang kenyang"melayu sama melayu berlaga orang lain yang kenyang.adalah lebih baik kesempatan yang ALLAH kurniakan ini disaat negara aman damai kita memikirkan untuk membangunkan anak bangsa membangunkan ekonomi orang melayu sendiri yang sekarang ini ibarat melukut di tepi gantang.itu adalah lebih wajib lebih afdal kalau setakat berjuang menjerit tak payah lah email pada saya tak pernah dibuat oleh keturunan saya lagi darah ditubuh ini lebih berharga demi agama tercinta rela aku mati demi tuhan pencipta ku berpatah sayap bertongkat paruh tetap ku tentang,tapi kalau berjuang demi seorang pemimpin yang tidak kita ketahui hala tujunya lebih baik saya berkerja buat menyara anak bini makan itu lah perjuangan yang lebih afdal kalau saya mati pun belum tentu pemimpin itu akan bantu anak cucu saya.Belum tentu sekampit beras untuk keluarga saya.Setiap perjuangan perlulah ada maklamat dan tujuannya dan harus ada penamatnya sama ada hidup atau mati tuhan yang tentukan itu lah perjuangan.