Khamis, 30 Julai 2009

PENGHUJUNG SEPERTI DI AWAL KEHADIRAN MU

Sekali lagi tak sedap hati bila kisah sang mufti Perak muncul lagi. Semakin hari semakin menjadi...kata orang tua macam biang keladi.... makin hari makin gatal...

Institusi mufti memang dihormati masyarakat melayu...namun hari ini kecelikan masyarakat terhadap kebenaran dan mudahnya mendapat maklumat membuatkan orang tidak mudah menerima "mengkhinzir buta". Seseiapa yang merasakan orang lain bodoh...sebenarnya dialah yang bodoh.

Kenyataan mufti Harussss tsani terlalu berpihak akhir akhir ini...namun janganlah dimarah sangat dengan mufti yang dihujung usia ini... Masih ingat apabila orang mengadu kepada beliau tentang Allahyarham Dato Osman Mubarak yang begitu keras menghentam kerajaan ketika kuliah di masjid negeri Perak. Harusss Tsani difahamkan hanya menyuruh orang membiarkan sahaja kerana "dah tak lama dah". Saya rasa itulah yang sesuai untuk haruss tsani..

Bagi yang mengenali beliau, tentunya tak pelik jika melihat sejarah latar belakang beliau sebelum menjadi mufti, Bagaimana kelayakan beliau ketika menjadi mufti walaupun ketika itu ramai lagi ahli majlis fatwa yang lebih kanan. Ternyata fatwanya menimbulkan jkekeliruan terutamanya berkaitan insuran nyawa dan ASN ketika itu....

Pertengahan karier beliau sebagai mufti agak baik apabila menyuarakan isu ummat Islam seperti murtad, sure hebih dan seumpamanya... Namun kini beliau seakan kembali seperti di awal kemunculannya.... moga baki usia boleh mengembalikannya ke atas track kebenaran dan keadilan..... Namun saya yakin semuanya itu kerana semangat ke melayuan yang begitu tinggi kepada seorang mufti.... hingga terlupa dimana nilai bangsa di sisi agama...

Tiada ulasan: