Khamis, 6 Ogos 2009

BERBICARA SOAL HATI

Berbicara soal hati sesuatu yang sukar. Ia bukan perkara luaran. Ia tersimpan jauh di sudut anggota tubuh yang tersembunyi. Berbeza dengan akal yang yang berbicara dengan fakta yang diterima. Hati bias mengesan sesuatu yang tidak dilihat oleh mata jua didengar oleh telinga.Di situlah tempat perebutan antara iman dan syaitan Disitulah punca segalanya. Menjadikan manuisa bernilai atau rosak di sisi insan mahupun di sisi tuhan.

Berbicara soal hati kekadang menjadikan kita dianggap “jiwang”…biarlahhh. Namun di dalam Al Quran terlalu banyak persoalan yang menyentuh soal hati. Tidakkah matlamat agama juga menguasai hati. Bilal yang dikuasai tuannya mampu bertahan lantaran hatinya milik tuhan. Biar terpisah jauh jasad dan anggota namun hati mampu ,mendekatkannya. Itulah kuasa hati. Walau Allah tidak pernah ditemui namun cinta yang mendalam di dalam hati menjadikan insan sanggup menjadikan nyawa sebagai taruhan .

Ramadhan adalah bulan tarbiah hati. Hikmh terbesar ialah merasai derita orang yang kurang bernasib baik. Bagaimana??? Jika mereka kurang makan…kita diminta merasai kelaparan mereka…. Jika mereka kesusahan..rasailah kesusahan mereka… Ringkasnya …letakkan diri kitadi tempat mereka…nescaya kita rasai apa yang mereka rasa…. Halusnya tarbiah Allah untuk hambanya…

Gambar perhimpunan 1 Ogos yang disiarkan banyak media menjadikan kita tertanya, di mana nilai hati golongan yang menzalimi. Tidakkah mereka rasa bersalah menyiksa orang yang hanya berhimpun secara aman untuk meluahkan rasa hati mereka terhadap undang undang gila… Orang tua, perempuan dan kanak kanak yang lemah jua para pemuda yang datang membawa semangat tanpa niat melakukan keganasan ditendang dan disepak umpama binatang!!! Apakah mereka tiada hati??? Atau hati mereka telah mati…..

Tak perlu saya perjelaskan siapa yang menyebabkan kekacauan. Jika ia dibantu dan diatur oleh polis pastinya ia bersuarai secara aman…tak percaya??? Cubalah…berikan ruang untuk berhinpun tanpa gangguan…kalau jalan seluruh Kuala Lumpur boleh ditutuphanya kerana perlumbaaan basikal, kenapa ianya tidak diberi layanan serupa untuk sesuatu yang lebih penting milik rakyat…tidakkah rakyat diutamakan????

Memang benar kedengkian, kebencian dan dendam adalah pemusnah utama hati insane. Tidakkah Qabil diceritakan ,membunuh adiknya Habil lantaran hati yang dikuasai dengki. Tidakkah syaitan diusir dari kemuliaan lantaran penyakit kesombongan yang menguasai hati…???? Sedih melihat seorang yang berwajah serupa dengan bahasa yang sama memijak dengan zalim pemuda yang hanya melarikan diri dari asap dan air putih yang pedih?? Hanya yang hidup hatinya dapat merasai…

Percayalah…. Apabila hati hidup, maka ia akan turut merasai apa yang dirasai orang lain…. Apakah mereka tidak pernah membayangkan andai suatu hari yang dipijak itu anak mereka sendiri???? Atau sememangnya hati golongan ini telah mati lantaran warna baju yang dipakai dan sesuap nasi yang dicari??? Saya tak terfikir serendah itu nilai insane yang dimuliakan tuhan…

Tarbiah ramadhan diharap menghidupkan kembali hati yang telah mati. Hati yang hidup dipenuhi dengan kasih sayang dan belas ihsan. Hati yang mati hanya diwarnai kebencian dan keinginan untuk menindas orang lain…. Letakkan diri kita di tempat mereka yang kita lakukan sedemikian rupa…pasti hati akan merasai apa yang mereka rasai…andai anda masih ada hati!!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah,kebenaran Ilahi akhirnya berlaku jua akhirnya,tidak semestinya dalam bentuk yang molek mahupun musibah sekalipun,yang beruntung golongan yang beriman dan bertaqwa,waallahuaalam.Lebaymans67"