Lembu adalah antara binatang yang paling popular. Namanya disebut di dalam alquran. Surah kedua selepas Al fatihah menggunakan nama lembu- albaqarah (lembu betina). Ia mengisahkan tentang lembu yang disuruh disembelih bagi mengetahui siapa pembunuh seorang hartawan bani Israel.
Lembu emas juga adalah patung binatang yang disembah oleh Yahudi sepeninggalan Nabi Musa sewaktu bermunajat di Tursina. Semuanya angkara Musa Samiri. Lembu amat istimewa di kalangan penganut Hindu kerana dipercayai dewanya.
Lembu juga menjadi istimewa dalam bahasa melayu. Kalau bodoh dikatakan seumpama lembu. Lembu punya susu , sapi dapat nama. Kereta lembu pula antara kenderaan popular di tanah Melayu suatu ketika dulu.
Perubahan zaman menjadikan lembu semakin kurang popular. Hanya susu lembu yang terus kekal digunakan selain daging lembu. Tiada lagi kereta lembu. Tiba tiba lembu menjadi popular gara gara SPRM yang dilihat mempunyai warna kebiruan dan keris bersilang mempopularkannya. MB Selangor diheret gara gara bersedeqah lembu untuk korban, sesuatu yang tak pernah dipedulikan SPRM ketika dilakukan umNO. Pak Lah dikatakan mengirim bukan sahaja lembu malah unta ke Kepala Batas setiap kali raya korban. Sebagai balasan tindakan SPRM, PKR yang diketuai pemimpin mudanya mengheret lembu ke pejabat SPRM Selangor.
Kalau di zaman nabi Musa lembu itu di sembelih, Pemuda PKR hanya menjadikan gimik mungkin menunjukkan kebodohan SPRM seperti lembu atau mungkin juga SPRM menjadi lembu kepada BN. masing masing ada hak menafsirkannya. atau mungkin sahaja lembu itu diminta menjadi saksi bagi pihak kawan kawannya yang telah dikorbankan!
Dua tiga hari ini sekali ini lembu popular lagi gara gara kepalanya yang di arak penduduk Shah Alam yang membantah pembinaan kuil. Umum mengatahui siapa tangan ghaib di belakang penduduk tersebut. Mereka berarak membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Lembu ialah lambang kesucian agama hindu. Ianya sesuatu yang sensitif!
Pernah kerajaan melarang lembu dikorbankan di premis kerajaan ketika menyambut Aidul Adha gara gara bantahan seorang sami terhadap program korban Aidul Adha di sebuah sekolah. Difahamkan berlaku di negeri Perak kira kira lapan tahun lalu . Larangan itu dianggap kekal kerana tiada pekeliling menarik balik sebagaimana larangannya. Hingga kini tiada acara korban dilakukan secara terbuka di premis kerajaan.
Pihak polis sekadar memberi arahan perarakan itu dihentikan. Difahamkan kerana tiada aduan untuk bertindak. PM dilaporkan marah dengan kejadian tersebut. Mungkin membantutkan usaha satu Malaysia. Khairy yang memimpin pemuda juga melompat. Cuma beliau tidak mensifatkan para demonstrator sebagai monyet sebagaimana ketika demonstrasi BERSIH dulu.
Kita menanti apa lagi perkara pelik berkaitan lembu akan berlaku. Kita juga menanti tindakan terhadap pembawa kepala lembu. Kita juga menunggu apakah pihak berkuasa akan bertindak seperti lembu yang menunggu arahan untuk bertindak, atau semuanya akan buat perangai lembu kenyang jika tiada pemimpin yang membantah.
Apakah peristiwa ini akan terusmenaikkan harga lembu di pasaran atau menyerlahkan lebih ramai manusia bersifat seperti Lembu...kita singkap apa yang tersirat dari yang tersurat.....
1 ulasan:
lEMBU PUN TAKDA PERANGAI MACAM TU..
Catat Ulasan