Isnin, 31 Ogos 2009

HADIAH UNTUK RAKYAT YANG DIDAHULUKAN

Rakyat didahulukan ..itulah slogan Najib yang di dendangkan ditelinga rakyat Malaysia. Menidurkan bangsa yang lemah. Mengkhayalkan ummat yang bodoh!

Hari ini , sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan negara, rakyat yang diutamakan mendapat hadiah yang dijanjikan beberapa bulan lalu. Di atas alasan kerajaan sudah tidak mampu menanggung subsidi dan harga minyak dinegara jiran jauh lebih mahal ianya terpaksa dihalalkan.

Semuanya sudah pasti untuk pencapaian yang menjadi keutamaan kerajaan. Demi menggapai keutamaan pencapaian, apalah salahnya rakyat didahulukan untuk dikorbankan? Kerajaan pastinya akan terus mendahulukan rakyat untuk dikorbankan demi mengutamakan pencapaian! Tahniah buat semua warga Malaysia yang menerima hadiah kenaikan harga minyak istimewa buat penyokong tegar umNO Bee End

Tiada ulasan: