Sabtu, 22 Ogos 2009

HARUS DEDAHKAN KEAIPAN PECAH AMANAH

Ramadhan telah kembali. Tahniah buat semua mukminin yang bertemu bulan keberkatan ini. Tahniah tambahan buat sahabat yang sedang berjuang di Medan Permatang Pasir. Itu Jihad tambahan...

umNo tiba tiba jadi baiki apabila marah orang serang peribadi calon. Memang SPR telah menjadi pelindung BN sejak dulu apabila etika kempen yang menghalang menyerang peribadi calon. Bagi yang baru mengaji Islam terasa canggung dan berdosa besar apabila keaipan calon disebut apatah lagi dibulan ramadhan. Sebab itu ada orang Islam yang tak mahu sertai politik atas alasan pilitik itu kotor..banyak umpat dan fitnah...

Memang agama melarang kita mengeji dan memfitnah. Surah Hujurat amat jelas larangan tersebut. Namun Islam memberi ruang untuk kepentingan umum. Kemaslahatan masyarakat adalah keutamaan Islam. Tujuan Islam datang memelihara nilai masyarakat bukan individu. Kepentingan masyarakat adalah lebih utama dari individu.

Ulama telah menjelaskan beberapa kategori golongan yang boleh diumpat; secara ringkas saya kongsikan bersama;

01. Orang yang dizalimi - boleh mengadu kepada orang yang boleh membantu.
02. Saksi yang diminta keterangan oleh mahkamah.
03. Orang yang ingin meminta fatwa.
04.Orang yang ingin meminta pandangan .
05. Orang yang berbangga dengan kejahatan.
07. Orang yang memang terkenal dengan sifat tersebut untuk memudahkan dikenali.
08. Orang yang akan diberi amanah sedangkan dia bukan seorang yang amanah>

Isu di Permatang Pasir adalah isu pecah amanah hak orang ramai. Calon Pilihanraya adalah orang yang bakal diberi amanah mengurus urusan ummat Orang yang mengetahui peribadi calon yang boleh menjejaskan kepentingan ummat mesti mededahkan kepada orang ramai agar masyarakat diselamatkan dari difat tersebut.

Ini bukan isu kahwin dua atau tiga. Itu masalah peribadi. Isu pecah amanah adalah isu masyarakat. Pilihanraya ialah memilih orang yang ingin diberi amanah....apakah wajar disembunyikan sifat tidak amanah tersebut????

Tiada ulasan: