Pilihanraya Permatang Pasir tanpa pondok panas dan kempen merayu undi tetap panas. Di UPU Permatang Pauh yang menenpatkan markaz PAS dan umNO bersebelahan adalah antara tempat panas sejak beberapa hari kempen.
Tempat yang hanya dipisahkan plastik bendera itu menyaksikan beberapa ketegangan berlaku. Sehari sebelum mengundi, umNo meneruskan provokasi dengan merentangkan banner menuduh pengundi hantu dari PAS. Banner pertama yang diturunkan PAS disambut dengan banner kedua yang dinyanyikan lagu umNO ketika menaikkannya. Polis yang telah tiba di situ hanya menjadi saksi tanpa sebarang tindakan menghalang provokasi tersebut. Mereka hany minta penyokong PAS buat laporan di samping menjadi benteng antara kedua pihak. Ianya hanya reda apabila pemantau pilihanraya menurunkannya. Namun umNO tetap tak puas hati hinggalah Zahid Hamidi datang.
Hari pengundian menyaksikan dua kali pertembungan di sini. Bermula pihak Polis membenarkan umNO berarak keluar dari bilik gerakan mereka melintas markaz PAS dengan pelbagai provokasi. mereka berhenti di seberang jalan sambil melontarkan pelbagai cabaran. Dr Zulkifli yang datang kemudiannya meminta ketua polis bertugas yang turut tiba agar meminta umNO masuk ke kandang mereka semula.
Beberapa jam kemudian ketegangan berlaku lagi bermula perang mulut hingga semakin panas apabila budak umNo mematahkan bendera PAS. Ianya hanya reda apabila pimpinan PAS campur tanga. Pemimpin umNO tidak kelihatan melainkan beberapa budak berbadan besar yang dijadikan tugu kononnya menggerunkan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan