Sabtu, 1 Ogos 2009

LALUAN KE ISTANA NEGARA DITUTUP

FRU & SB MEMBANJIRI KUALA LUMPUR. Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), `Speacil Branch' (SB) telah memenuhi ruang di Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek. Beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka pula telah ditutup dan juga dipenuhi dengan anggota FRU dan SB. Lebih 10 trak FRU berada di tepi jalan Dataran Merdeka. Jalan menuju ke Masjid Negara melalui jalan Taman Perdana turut ditutup.

Bagaimana sehingga jam 9.45 pagi tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke Sogo, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Sekatan jalan raya diadakan di hadapan hospital Kuala Lumpur yang dijalankan sejak semalam.

Himpunan dijangka akan bermula jam 2 petang ramai pihak yang meramalkan tangkapan akan dilakukan. Difahamkan pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1 petang

Berikut jalan yang telah di tutup seperti di war-warkan di kaca TV

Lebuhraya Seremban - Sg. Besi

Jalan ke dataran merdeka

Jalan Maharajalela

Jalan ke Masjid Negara

Jalan ke Istana Negara

Jalan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Tiada ulasan: