Khamis, 27 Ogos 2009

SEBAT PEMINUM ARAK- PANDANGAN MUFTI HARUS SANI

Mahkamah Tinggi Syariah harus kaji semula hukuman: Mufti Perak

IPOH - Mahkamah Tinggi Syariah disaran mengkaji semula keputusan yang dijatuhkan kepada Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahannya meminum arak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan atas alasan tidak mahu mengganggu urusan mahkamah berkata, dalam Islam, jika seseorang itu didapati bersalah meminum arak seharusnya individu berkenaan dikenakan hukuman sebanyak 80 sebatan.

“Di Malaysia kita hanya mengenakan 6 sebatan, jadi hukuman itu sendiri sudah tidak menepati kehendak yang ditetapkan," katanya. ( CUBA ANDA MENILAI UNGKAPAN INI)

Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Mengenai tindakan pihak berkuasa menahan golongan yang berusia atas kesalahan tidak berpuasa, Harussani berkata: "Setiap mereka yang ditangkap akan disiasat dahulu sebelum diambil tindakan." Kata Harussani, pihak berkuasa bagaimanapun memahami kemungkinan ada di antara golongan berusia itu tidak berpuasa kerana faktor kesihatan.

“Kalau tidak boleh berpuasa, makanlah di tempat tertutup (rumah) bukannya di kawasan umum dan menunjukkan mereka tidak berpuasa kerana itu salah," katanya.


Itulah pandangan Harusani. Baginya hukuman itu tidak menepati syarak. Memang hukuman tersebut tidak memenuhi hukuman Islam sebenar yang memperuntukkan 40 sebatan. Persoalannya mengapa tidak disarankan Perak menggunakan hukuman syariat yang sebenar? Harusani yang lama berdiam diri dilihat mulabersuara apabila DS Najib dan menteri BN mula bersuara. Apakah pandangan mufti sesuai dengan islam atau sesuai dengan bosnya? Sewajarnya Harusa ni mengambil kesempatan memeinta arak diharamkan. anda mampu menilainya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CARA HARUNSANI TUH BAGUS..TIDAK MEMBERI SEBARANG ULASAN ATAS KEJADIAN INI..SAUDARA HANYA BERCAKAP SOAL MENJATUH HUKUMAN KEPADA INDIVIDU YG BERSALAH, TETAPI SAUDARA TIDAK PERNAH PK APAKAH HUKUMAN TERSEBUT MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA NEGARA LAGIPUN TUAN PERLU LIHAT BAHAWA KESUDIAN KARTIKA DAN KELUARGANYA MENERIMA HUKUMAN...JD JGN MEMBERI SPEKULASI NEGATIF JIKA TUAN TIDAK BERADA DLM SITUASI ITU..SEPERTI KATA AYAH KERTIKA "SAYA LEBIH SEDIH JIKA ISU INI DIJADIKAN ISU POLITIK.."
MARI KITA B'SAMA2 DOAKAN KESEJAHTERAAN SAUDARA2 KITA...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

"TETAPI SAUDARA TIDAK PERNAH PK APAKAH HUKUMAN TERSEBUT MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA NEGARA"

SAYA LEBIH PK APAKAH HUKUMAN ITU MEMBERI IMPAK KEPADA AGAMA SAYA!

Unknown berkata...

He he he ada lagi yang nak ubah hukum Allah... Jahil memang jahil.... Dato` jangan layan orang2 mcm ni... kurang mengaji dan mengkaji ni....