Khamis, 10 September 2009

HAKIM SAHKAN NIZAR MENTERI BESAR SAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apa yang berlaku di dalam DUN.

Malah DPPN Pk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut. Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 ‘Exco’nya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.
DPPN Pk juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, DPPN Pk amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.


MOHD NUR AMIN

Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

5 ulasan:

Arif Omar berkata...

DR ABDUL RANI KAMARUDDIN MENJELASKAN KEKELIRUAN YB SIVA MENGENAI KEPUTUSAN YAA HAKIM !

Nota : Semalam setelah YAA Hakim menolak dengan kos saman bekas Speaker DUN Perak YB Siva, mengulas keputusan ini dengan mengatakan ia keliru dan tidak faham dengan keputusan YAA Hakim Dato Azhar dengan alasan bahawa dalam kes terdahulu kes DUN Perak katanya mahkamah ada mencampuri urusan DUN tetapi sekarang YAA Hakim katakan ia tidak boleh campur tangan urusan DUN.
Jadi Dr Abdul Rani Kamaruddin , Pensyarah Undang-Undang UIAM menjelaskan hal tersebut agar YB Siva dan mereka yang serupa dengannya tidak lagi keliru atau sengaja nak mengelirukan diri sendiri dan orang lain.
Ulasan Dr Abdul Rani Kamaruddin :
Masih ada sesetengah pihak yang dan masih enggan faham perbezaan sidang dan tempat sidang yang mendapat perkenan Tuanku dengan yang tidak mendapat perkenan Tuanku. Yang dibuat di bawah pokok atau di hotel itu, itu sendiri yang pandai-pandai maka prosidng DUN konon itu tidak memperolehi kekebalan.
Sidang 7 Mei berbeza kerana ianya sah sebab adanya perkenan Tuanku. Dengan yang demikian, prsidingnya dan mereka yang terlibat dalam prosiding itu pun mendapat kekebalan.Kini giliran Ganesan pula selaku Speaker jika dia mahu, merujuk bekas Speaker dan kuncu-kuncunya kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiaus... PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,
” Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.Dalam Artikel 72 Perlembagaan, Persekutuan kesahan suatu prosiding DUN tidak boleh dicabar diMahkamah.
Persoalannya, pertama dan utama, adakah sidang yang dibuat itu pada mulanya sah atau keputusan yang dibuat semasa DUN bersidang? Jika DUN bersidang dengan sah (mendapat perkenan Sultan) maka Artikel 72 terpakai. Jika tidak tiada kekebalan disisi undang2 termasuk pendakwaan.selebihnya carilah sendiri.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM
bacalah undang-undang. baca dan bukan belajar undang-undang. undang-undang perlu dibaca.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi pensyarah bodoh UIAM.
Semasa Sivakumar memangil DUN, beliau dan ADUN yg terlibat tidak dibenar memasuki DUN Perak. Oleh itu ianya diadakan di luar DUN.
Tunjukkan bukti DUN yang ditangguh perlu ada perkenan Sultan untuk sidang DUN dipanggil.
Sidang DUN 5 Mei sememangnya tidak SAH kerana ianya tidak dimulakan oleh speaker.

mack berkata...

pensyarah makan gaji in the fulus masyuuuk. jk dewan sebelum persidangan telah menggantung dato dr zambry dan exco nya terlebih dahulu kenapa makhamah boleh campur urusan ini itu yang dimaksudkan wahai dr RANI. jangan pusing lah pening kepala saya. jalan yang mudah ada kenapa ambil yang susah2 bubarkan sahaja dun buat pilihanraya siapa menang jalankan pentadbiran secara telus mengikut kehendak undang2 dan menjaga rakyat dengan baik serta sempurna. ok

dato' berkata...

aRIF YANG TAK aRIF,

iNI BUKAN PASAL SIDANG 7 mEI atau bawah pokok. Ini pasal pecat MB di luar DUN.

Sidang DUN memang dengan perkenan sultan tetapi speaker yang berkuasa masa itu ialah Siva. Macam mana boleh jalan sidang tukar speaker kalau tak ada speaker yang pengerusikan DUN!

Sidang belum bermula..memang dengan perkenan tetapi bukan sultan yang jadi speaker... macam tu punya mudah takkan tak paham...

Macammana dapat DR kalau benda mudah takpahammm beli apa...kalau setakat nak pakai hujjah Dr pensyarah UIAM, kami pakai hujjah Prof DR Aziz Bari...bos pendyarah undang undang di UIAM!!!

Tanpa Nama berkata...

aku cukup sedih bila berlaku rompakan kuasa di negeri aku buang undi tapi pada masa yg sama aku redha supaya ianya memberi pengajaran kepada mereka yg lupa diri semasa pemerintahan yg singkat itu, sayangnya dema yg diberi ujian ni tak nampak atau buat2 tak nampak dan kalau kekal gitu baik aku pindah undi ke selangor tempat mastautin ku. yg tak tau mungkin marah apa yg aku tulis ni tapi kalau nak gak cuba risik kat xpj perak tapi ku rasa dia tak suka buka pekong nanti jadi bahan United Musyrikin National Organisation serang PR.
Moga yg terasa cepat2 la bertaubat dan mohon kemaafaan dariNya dan yg teraniaya...Wallahua'alam