Jumaat, 25 September 2009

JALAN TERBAIK.

Sememangnya kekeliruan ditambah keghairahan menjadikan sesuatu isu semakin sulit. Apatah lagi ramuan tersebut ditambah dengan keinginan denagn maksud tertentu...Lihatlah..dari isu yang ringkas dan mudah ianya menjadi sulit... timbul isu keluar Pakatan, UG dan macam macam lagi yang cuba dikaitkan... pertemuan jalan terbaik....

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat)

Mesyuarat tersebut melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membolehkan setiap pihak menimbulkan keprihatinan dan penjelasan masing-masing.

Khalid memberitahu, beliau percaya bahawa isu berkenaan timbul ekoran kesilapan komunikasi antara anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang mempertikaikan perjalanan Selcat, mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

"Isu ini boleh diselesaikan secara baik," kata Khalid.