Sabtu, 26 September 2009

KALAU TAK SUKA KITA JANGAN KAWAN KITA...

"Ustaz, macam keadaan kami ni, dah dicop dengan macam macam cop parti pOlitik, apa pandangan ustaz?" antara soalan seorang muslimah yang masih saya ingati ketika sessi soal jawab dengan pensyarah UIA-Ustaz Nasaruddin Isa (timb Pres PAS sekarang) dalam satu program di MPIB yang saya hadiri. Ustaz Nasa menjawab dengan senyum' Beruntunglah sebab ada cop, sebab yang ada cop itu berkualiti"

Budaya terbuka bukanlah budaya masyarakat kita. Bagi masyarakat kita, orang yang menyokong sesuatu isu beerti ia dari kelompok tersebut. Kalau masa kecik dulu, bila kita berkawan dengan musuh kawan kita, beerti kita akan menjadi musuh kawan kita juga. "ok, kalau kamu kawan dengan dia, jangan kawan dengan kita lagi" itu masa kecik Tapi budaya itu dibawa ke besar.

Kalau dulu orang yang pakai lebai mesti PAS dan Songkok mesti umNO. beberapa kali juga saya disindir oleh veteran parti bila bertembung dengan mereka ketika memakai songkok dan tali leher.Begitu kuatnya budaya kelompok yang dibina oleh penjajah dan anak didik penjajah. Masuk Islam difahami masuk melayu.hingga bangsa lain merasa kehilangan anak bila anak mereka Islam walaupun mereka tahu Cina dan India lebih dulu Islam dan lebih ramai di negara asal mereka dari di Malysia.

Mengkritik rakan dianggap sebagai menentang rakan. Memang di dalam Islam ada adab dalam menegur , apatah lagi di dalam jamaah. Menegur dan mengkritik adalah kaedah...ada yang anggap betul dan ada yang anggap salah. ianya masih umum tetapi adalah salah kita menghukum seseorang hanya kerana kesalahan dalam kaedah! Orang yang menggunakan kaedah menegur tentu lebih tahu dari kita yang hanya mendengar tegurannya.

Kita marah apabila melihat seorang lelaki menolak hingga jatuh seorang buta dari jalanraya. Kita memaki dan menghukumnya sebagai jahat dan tak berperikemanusiaan sedangkan dia melakukan begitu demi menyelamatkan nyawa si buta yang hampir dilanggar kereta. Kita menyuruh beliau supaya memimpin sibuta dengan perlahan dan sopan..wajarkah??? sedangkan ketika itu ada lori yang datang dengan laju ke arah sibuta.

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah agar kita bersifat terbuka dalam memahami pendekatan dan teguran. Jangan mudah menghukum, cukuplah memperbetulkan kaedah teguran. Menghukum itu adalah pilihan terakhir setelah diperbetulkan dan berlaku kedegilan. Jika dilihat ada perubahan, alangkah baiknya ia ditautkan...hentikan budaya budak sekolah dulu.. bile ada yang memperbetulkan kesilapan...maka...

Kalau kamu tak suka kita, kamu jangan kawan kita....

Tiada ulasan: