Kerusi Pengarah JAIP adalah antara kerusi panas di Perak. Walaupun institusi agama terasing dari politik dalam amalan umNO namun ianya tetap tidak terlepas dari percaturan politik umNO. Di Perak , pengarah JAIP adalah setiausaha Majlis Agama Islam yang dipengerusikan oleh baginda sultan.
Kerusi JAIP menjadi panas sejak dulu kerana kerusi agama itu diduduki oleh orang yang bukan berpendidikan agama. Sejak saya sekolah, kerusi JAIP adalah kerusi mengekang aktiviti agama terutama perlantikan imam dan jawatankuasa masjid di Perak. Ianya perlu dicatur mengikut kemahuan BN. Sekolah Izzuddin Shah antara yang berada di bawah kawalselia JAIP.
Kepanasan kerusi itu hanya menjadi pengetahuan umum apabila PR memerintah Perak. Pengarah yang bernama Jamry Sury yang bukan berpendidikan agama adalah PTD yang tidak sepatutnya mengisi kerusi tersebut. Beliau melangkau beberapa tangga atas kehendak politik. Apabila gangguan demi gangguan dilakukan oleh Jamry termasuk penggunaan wang yang diluar peraturan dikesan, DS Nizar mengambil keputusan mengarahkan pertukaran serta merta. Malangnya suasana panas menyebabkan ianya menjadi isu yang menjerat DS Nizar seolah dilihat berkonflik dengan Istana.
DS Nizar terpaksa menarik balik arahan atas nasihat Sultan. BN yang menjadikan Jamry sebagai duri dalam kerajaan mendapat kemenangan moral. Jamry semakin bermarajalela. Setelah tamat tempoh ... Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil keputusan melakukan rombakan. Beberapa nama disenaraikan tetapi mendapat konflik apabila mendapat tentangan umNO yang menghalang perkenan sultan sebagai keputusan tertinggi dalam urusan agama negeri. umNO cuba membawa seseorang dari putrajaya mengisi kekosongan Jumry yang terpaksa mengalah dengan beberapa isu yang boleh menjerat lehernya jika terus berkeras.
Setelah beberapa nama tidak dipersetujui baginda sultan atas campurtangan dan tentangan umNO, akhirnya nama Datuk Sheikh Mohamad Nor Al Hafiz yang merupakan bekas imam besar masjid negeri Perak mendapat perkenan sultan. Umum mengetahui hubungan rapat Datuk Sheikh dengan istana. Datuk Sheikh yang telah meletakkan jawatan berjaya kembali ke kerusi Imam dengan perkenan sultan setelah bertanding di DUN Blanja suatu ketika.
umNO menyedari masalah ini. umNo berusaha menyisihkan Datuk Sheikh dari kerusi panas Pengarah JAIP. Zamry tentunya tidak mahu mengulang kesilapan DS Nizar merombak kerusi ini. Walaupun Datuk Sheikh Mohd Nor hanya menyambung jawatan kontrak yang boleh ditamatkan bila bila masa, namun hubungannya dengan istana menyebabkan umNO terpaksa akur di saat mereka amat memerlukan talian hayat istana.
umNO mendapat peluang keemasan dengan isu "bonus" bilal dan siak. Mereka diyakini akan memanjangkan isu ini sebaik mungkin sebagai modal memecat Pengarah JAIP. Walaupun Pengarah JAIP dilihat menjalankan tugasnya secara profesional, namun bagi umNO hanya mengikut telunjuk umNo sebagai profesional. Bagi mereka, Mufti Perak, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai undang undang adalah antara pegawai paling profesional . Sebenarnya ukuran profesional bagi umNO ialah menjadi "lembu bajak " umNO.
Pengarah JAIP amat penting bagi umNO kerana nadi kekuatan PAS ialah apabila masjid dan surau diberi kebebasan menyampaikan dakwah dan aktiviti keagamaannya. Selagi masjid dan surau dapat diaktifkan, selagi itulah sayap umNo akan "tercabut bulunya." lantaran itu pilihan terbaik bagi umNO dan kerajaan kudata Zamry ialah merampas kerusi panas JAIP!
4 ulasan:
takpa.taklama lg insya allah tumbang le
aku rasa ini perancangan timbalan dia kot yang nak jadi pengarah
sememangnya ini perancangan umno ngan timbalan jaipk untuk menjatuhkan dato sheikh... bayangkan lagi seminggu hendak bercuti raya baru waran disalurkan ke jaipk dan kemudiannya barulah disalurkan ke daerah untuk dibayar ke akuan masjid dan kemudiannya masjid akan bayar pada bilal dan siak. sedangkan umum mengetahui zamry telah mengumumkan bonus untuk bilal dan siak sebelum ramadhan lagi. kenapa lagi seminggu baru nak bayar...
Tekanan dr BN mmg tak habis.Selagi tak ikut ckp dema,sakit jiwa dibuatnya.Walaupun PR tak lama jd k'jaan tp lebih profesional.Rakyat boleh menilai.
Catat Ulasan