MBI tolak permohonan PAS - Ternyata Najib penipu
IPOH, 13 Sept. : Hasrat tidak kesampaian. Begitulah boleh diibaratkan apabila permohonan Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk) untuk mengadakan perhimpunan aman bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Stadium Perak 17 Oktober ini, ditolak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa yang tidak begitu mengizinkan perhimpunan sedemikian dibuat.
Selain itu katanya, perhimpunan berkenaan juga dikhuatiri bakal meninggalkan kesan kepada struktur ekonomi, politik serta sosial masyarakat bandar raya ini.
“MBI telah menganalisis terlebih dahulu berhubung permohonan berkenaan dan setelah bermesyuarat, pihak MBI telah memutuskan agar perhimpunan itut tidak diluluskan berdasarkan faktor-faktor tertentu.
“MBI yakin bahawa keputusan pembatalan itu bakal memberi banyak kebaikan kepada orang ramai.
“Kami (MBI) juga yakin bahawa ini adalah keputusan terbaik yang dapat dilaksanakan dan berharap agar semua pihak akur dengan keputusan berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Roshidi berkata, permohonan DPPN Pk itu dibuat berikutan tawaran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataannya yang mengatakan kerajaan sedia membenarkan perhimpunan aman selain turut menyediakan kawasan yang bersesuaian bagi tujuan tersebut.
Berdasarkan tawaran itu, Najib mahu pihak berkenaan menganjurkan perhimpunan sedemikian di tempat tertutup bagi mengelakkan perhimpunan jalanan yang dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman awam.
“Pada asasnya perhimpunan di kawasan berkenaan didapati lebih baik berbanding di tempat terbuka kerana ianya lebih aman dan memudahkan pihak polis bagi mengawal keadaan.
“Bagaimanapun, ianya tidak dapat diluluskan berdasarkan situasi semasa yang tidak menentu selain dikhuatiri bakal menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini seperti mana yang berlaku pada beberapa perhimpunan seumpamanya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, DPPN Pk telah memohon kebenaran bagi menganjurkan perhimpunan bubar DUN Perak ini pada 11 dan 19 Ogos lalu menerusi surat yang diserahkan sendiri kepada Datuk Bandar Ipoh di pejabatnya oleh wakil Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Penolong Setiausaha DPPN Pk, Mohd Akmal Kamarudin; Ketua Penerangan DPPN Pk, Shamsul Anuar dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Anwar Busro.
Sementara itu, Setiausaha DPPN Pk, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya kecewa serta merasa tertipu dengan tawaran Perdana Menteri itu selain mendakwa pembatalan permohonan sebagai cubaan bagi menutup ruang demokrasi di negara ini.
DPPN Pk turut mempersoalkan keputusan Roshidi yang membelakangi keputusan PM sebelum ini.
“Kami (DPPN Pk) telah memohon secara rasmi menggunakan Stadium Perak bagi tujuan menganjurkan perhimpunan, hasil kenyataan Perdana Menteri itu.
“Bagaimanapun, kami amat kecewa dengan penolakan itu dan menganggapnya sebagai satu pembohongan yang amat nyata,” katanya.
Menurutnya lagi kerajaan juga dilihat sebagai tidak memberikan ruang demokrasi seperti yang dinyatakan sebaliknya memberikan pelbagai alasan bagi menafikan kebenaran sebenar.
Raja Ahmad Al-Hiss berkata, DPPN Pk, turut melihat keadaan ini sebagai bakal membunuh demokrasi di negeri Perak selain rakyat bakal berdepan dengan kemelut yang berpanjangan berikutan krisis rampasan kuasa yang dilihat sebagai tidak menghormati amalan demokrasi negara.
“Secara profesionalnya, kita berharap permohonan itu mendapat kelulusan bagi memudahkan kami menganjurkan perhimpunan Bubar DUN Perak pada 17 Oktober ini di Stadium Perak.
“Bagaimanapun perhimpunan berkenaan tidak mendapat kelulusan dan ini sekali gus membuktikan bahawa demokrasi tidak lagi diamalkan di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kemarahan rakyat Perak mengenai rampasan kuasa yang berlaku mungkin dapat diredakan sekiranya perhimpunan itu dianjurkan dan memberi peluang kepada mereka meluahkan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu.
“Pihak kami akan terus mendesak kepada Perdana Menteri agar memberi kebenaran kepada DPPN Pk meneruskan himpunan berkenaan bagi DUN Perak dibubarkan segera,” katanya.SH
7 ulasan:
Ya, apa langkah seterusnya? tawaran PM/Umno itu umpama ajak-ajak ayam sahaja rupanya.Harap DPPN pk pula jangan hangat-hangat tahi ayam.Tentu ada pelan 'B' kalau pelan 'A' gagal.Kita harap rakyat perak akan melihat langkah gagah keperkasaan DPPN selanjutnya!
Dr Zamry bodoh ke mcm puak2 ko..
Nampaknya orang Perak
dah terkena tipu lagi!
Yang anehnya di bulan yang mulia ni pun mereka masih menipu?
Puasa temberanglah tuuu....
Buat semua yang bersemangat jangan risau...plan B dah ada.... tunggu 15 Oktober.... tempat akan di beritahu...jangan tak turun...kita pun hari tu dah agak dah...cuma nak tunjuk BN ni memang kaki penipu je... tapi puak umNO memang tak pernah serik kena tipu...
dato'....
kita sedang merancang satu program besar pemuda pakatan rakyat pd 17 okt (bkn 15 okt )mlm ni kita mesy yg terdiri 5 wakil pas, 5 dap dan 5 pkr.k.pemuda pas perak akn jd pengerusi mesy
Takbir!
Betul tuan..silap tarikh..17 bukan 15..
Catat Ulasan