Beberapa jam lagi... siri perjuangan kemerdekaan akan diteruskan. Di saat orang lain menyambut kemerdekaan...Perak terus di jajah oleh kudeta mengaku dialah tuan negeri bijih ini.
Kita tidak merasai getir perjuangn dulu, kerana kita tidak berada di zaman itu, Namun apakah kita tak perlu berjuang lagi. Kemerdekaan ialah membebaskan, mengembalikan hak yang dirampas. Selagi hak kita yang di rampas tidak dikembalikan..selagi itulah kita mesti berjuang. Inilah kemerdekaan jika kita ingin hayati ertinya.
Buat warga Perak...kita sedang dijajah. Hak rakyat yang mengundi membuat perubahan dirampas. Semua mengetahui bahawa kudeta yang ada ini bukan pilihan majoriti. Biar berkali Zamry memberi amaran, merayu agar tidak diganggu namun zamry tetap merampas hak pilihan anak negeri. Biar berkali dia mendakwa telah memiliki majoroti...namun majoriti hanya ditentukan oleh undi dalam negara yang mendakwa demokrasi. Perak dirampas melalui pengkhianatan wakil yang diundi.
Kalau kita melihat di Algeria...kemenangan FIS dibatalkan oleh kuasa tentera. Rakyat memilih FIS yang dipimpin Abbasi Maddani namun kuasa yang ada menidakkannya. Ia mungkin berbeza cara rampasannya, namun hakikat menidakkan hak pilihan rakyat negeri adalah sama. Jesteru itu, kewajipan rakyat negeri menuntut hak kita dikembalikan melalui demokrasi.
Sambutan merdeka tahun ini langsung tidak memberi erti buat rakyat Perak. Perak dijajah oleh Zamry kudeta dengan restu kerajaan Pusat. Inilah masanya perjuangan rakyat kembali semula. Andai Raja Abdullah, Datuk Maharaja Lela dan rakan seperjuangannya memilih untuk berjuang, maka kita jua mesti mengembalikan semangat mereka.
Lagkah pemula ialah berjuang memastikan agar pilihan rakyat dikembalikan. BUBAR DUN PERAK!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan