Sabtu, 12 September 2009

QUNUT NAZILAH MULA PECAH BELAH

Mungkin Qunut Nazilah sesuatu yang asing dulunya...seingat saya sekitar 80an ia mula dipopularkan. Kalau tak salah cetakan qunut Nazilah pertama yang saya terima bewarna hijau. Hasil TGNA siap dengan terjemahan. Saya cuba menghafalnya seawal usia ketika itu 8 tahun.

Kini sudah hampir tiga puluh tahun ianya diamalkan tanpa jemu. Munajat dari orang yang ikhlas dan tak ikhlas. Yang faham erti dan yang sekadarnya menyebutnya. Yang menghayati dan yang tak peduli..barangkali termasuk pak polisi yang mengaminkan secara terpaksa di setiap himpunan PAS yang diganggu mereka.

Kini hasilnya sedang dilihat. BN yang dulunya nampak kukuh kian mereput. Luar dan dalam. Antara mereka dan sesama mereka. umNO kian mereput khususnya serangan di dalam blog pro BN terhadap beberapa pemimpin warisan Pak Lah teristimewa Khairy yang menjadi ketua pemudanya. MCA sedang gawat dengan EGM nya. MIC hari ini akan menentukan siapa dipilih memimpin. Tok Samy dah melenting beberapakali dengan perkembangan akhir ini.

Inilah kesan Qunut Nazilah...Barisan Ahzab moden kian musnah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendek kata... yang bertarung di dalam politik kita adalah para pengkhianat parti masing-masing. Pengkhianat menentang pengkhianat sedangkan kita di bawah marhaen ini hanya menjadi tukang sorak yang menyorakkan sandiwara yang sedang berlaku. Sampai bila pun kita semua tak akan maju.

Read More

dato' berkata...

Mungkin....jika parti itu bukan parti Islammmm