Hari ini SPRM terpaksa bersifat defensif setelah mereka bermatian cuba menolak saksi inkues kematian Teoh Beng Hock. Koroner Azmil Muntapha Abbas. Walaupun peguam SPRM berhempas pulas dari semalam hingga hari ini...tiga jam tertangguh bagi mendengar kenyataan saksi yang ditampilkan peguam Teoh. Akhirnya ia di perdengarkan dan SPRM tangkas membuat laporan polis. Apa sebenarnya yang terjadi???
SPRM juga memohon mahkamah membatalkan keputusan Koroner Azmil membenarkan saksi ditampilkan membuat kenyataan. Ternyata SPRM terlalu ketakutan dan seakan hilang kewarasan mempertahankan "rahsia" yang cuba dibongkar dari bilik SPRM Tingkat 14! Apakah selepas ini akan ada lagi mangsa yang mengadu apa yang mereka alami di bilik "puaka" itu. Siapa yang benar dan siapa yang salah bukan keutamaannya sekarang. Apa yang penting ada yang mendakwa dan ada yang terdakwa.
Orang yang mendakwa mesti membuktikan dakwaaannya dan orang yang didakwa mesti berusaha membuktikan penafiannya. Mengikut Islam.. orang yang mendakwa mesti membawa saksi dan yang didakwa mesti bersumpah! Dalam sistem Malaysia ia bukan kaedahnya...Undang undang Islam tidak diperlukan di Malaysia!
Kini SPRM di pihak didakwa setelah sekianlama bermaharaja lela untuk memilih mendakwa atau melepaskan sesiapa sahaja! Kita tunggu dan lihat bagaimana SPRM akan berhempas pulas menepis dakwaan setelah sekian lama Ikut Suka Aku nak dakwa atau tidak?? "Begitulah dunia yang tidak selamanya kita di atas". Bersediakah anda yang berkuasa untuk merasa bagaimana rasa di tindas????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan