Rabu, 16 September 2009

TERHAPUSKAH DOSA MU....

Kita seringkali berbangga dengan kebaikan yang kita buat walau ianya hanya sekali dalam hidup ini. Kekadang kebaikan itu kita rasa terlalu besar lebih dari orang yang merasai kebaikan yang kita beri. Itu tandanya kita tertipu dengan diri sendiri.

Berita pembebasan lima lagi tahanan ISA memang berita yang mengembirakan terutama bagi keluarga dan pejuang membela mereka selama ini. Saya tumpang gembira kerana sekurangnya saya antara yang merasai kekejaman polis dan kerajaan Malaysia dalam himpunan membebaskan ISA baru baru ini. Tahniah buat semua yang bersama..moga keikhlasan kita akan menjadi saksi membenci kezaliman di hadapan tuhan Robbul Izzati.

Berita pembebasan mereka diumumkan menteri KDN dengan senyuman...mungkin puas hati dengan perubahan kononnya yang berlaku pada tahanan tersebut. Persoalannya terhapuskah dosa mereka selama ini dengan hanya pembebasan hari ini.... Betul ia lebih baik dari terus mengurung mereka tanpa didakwa. Bagaimana pula sebahagian mereka yang menanggung derita tujuh tahun lamanya?

Bagaimana derita anak isteri yang ditinggal sendiri? bagaimana kasih sayang yang hilang dari ayah buat anaknya. Bagaimana pula hilangnya anak tanpakasih sayang seorang ayah? Apakah Hisyamudin dan sekutunya cukup berpuas hati?

sewajarnya menjelang idulfitri..buat mereka dan yang menyokong mereka bermuhasabah diri...saya hanya ingin bertanya..terhapuskah dosamu????

Tiada ulasan: