Khamis, 29 Oktober 2009

INDAHNYA JAMAAH ISLAM- JANGAN ADA LAGI MESYUARAT LUAR

AS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.


Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tanta

5 ulasan:

abgBro berkata...

salam...

harapan moga semua pihak dapat menerima keputusan mesyuarat tersebut...
minta dijauhkan ujud pulak puak EGM slps ni...

TBO berkata...

Salam Dato P udah hilang dah tingggal AS je hu hu

joe penang berkata...

Komen terakhir saya ttg isu ug

Jika xde tindakan tegas terhadap geng ug ni. najib plak bubar parlimen sebelum muktmar tahun depan. Maka dijangkakan ubn akan menang besar. Kerusi campuran termasuk Parit Buntar dan selatan Kedah akan dikuasai oleh ubn.
Xpe. "Biar kita kalah, jangan islam kalah." Maka rakyat akan menderita lagi selama satu penggal

Kalu puak ug cuit lg isu ini janji saya ini terpaksa diengkari

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya siasatan dipanjangkan kepada individu seperti Nasa, Mustafa dan roslan.
Ustaz Hadi di gantung dulu supaya siasatn lebih mudah dan tidak dibayangi president. -ibnusudi

dato' berkata...

komen yang anda baca ini adalah sebahagian tanda krisis ini tidak akan selesai melainkan semua yang ada kembali mengikuti program liqa dan usrah....
selagi tidak...begitulah ....