Khamis, 8 Oktober 2009

ISA: INI YANG DIBIMBANGI TUN MAHATHIR

BAGAN PINANG, 8 Okt - PAS hari ini membuktikan dakwaan mereka berkaitan penyelewengan yang dilakukan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad adalah benar.
Pengarah Pilihanraya PAS Bagan Pinang, dalam sidang media hariannya tadi membawa bukti satu grant tanah tanah yang dipercayai dimiliki kenalan rapat calon BN itu melalui sumber-sumber yang diperolehinya.


"Di tangan saya ini, adalah satu grant tanah pantai, yang membuktikan bahawa kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa sah menerima rasuah," jelasnya.


Menurutnya, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri.


Namun apa yang berlaku sebaliknya. Setelah diselidiki ternyata tanah-tanah disepanjang pantai Port Dickson dimiliki dan apa yang lebih mengejutkan pemiliknya adalah kroni-kroni terdekat Isa Samad.


"Apakah dengan adanya geran ini, diluluskan pada zaman Isa menjadi Menteri Besar menandakan bahawa berlaku penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri?" soal Salahuddin


Dari geran tersebut, empat tanah dengan pemiliknya berjaya didedahkan, ianya adalah ;


i. Lott tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi – rujukkan foto yang ada.


ii. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.


iii. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hajjah Rohani (Ketua Wanita Bahagian) serta beberapa ajk wanita bahagian.


iv. Lot tanah Costa Rica Hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (Ajk Bahagian) dan Paiman.


Daripada pendedahan tersebut, Isa Samad layak menerima ISA IKON RASUAH seperti mana yang PAS war-warkan semalam.


Dalam pada itu, Salahuddin mencabar Isa samad menafikan segala dakwaan tersebut bersama bukti sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.


"Saya pulangkan kepada Tuan Puan untuk memberikan perhitungan," tambah Salahuddin mengajak pengundi Bagan Pinang menolak calon BN itu pada pilihan raya nanti.

Tiada ulasan: