Ahad, 1 November 2009

EGM MASIH DIIMPI.....

Mesyuarat JK PAS PUsat telah berlalu. Keputusan telah dibuat. Tiada EGM tetapi beberapa tindakan telah diambil menangani keadaan susulan isu yang ditimbulkan. Antara tindakan yang diambil ialah menyiasat PAS Selangor. Diadakan seminar politik PAS dan terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Keputusan tersebut membuktikan PAS sentiasa bersedia menerima kritikan dan muhasabah diri. Keputusan tersebut adalah antara tindakan muhasabah terhadap kritikan. Naib Presiden PAS paling kanan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah dipilih mempengerusikan siasatan tersebut. Beliau difahamkan telah pun membuat tindakan siasatan.

Tuan Ibrahim diyakini akan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan adil. Menghukun sesiapa yang didapati bersalah dan membersihkan fitnah jika ianya palsu dan merosakkan jamaah. Sebagai ahli gerakan Islam yang ditarbiah oleh usrah dan didik dengan akhlak jamaah , saya amat yakin kita akan menyerahkan isu tersebut di selesaikan bermatlamat menyelamat dan memperkukuhkan jamaah di samping memantapkan Pakatan Rakyat.

Namun belum pun siasatan dijalankan, telah ada desas desus yang kononnya berita angin yang dibawa jin yang hadir mesyuarat keluar dan menyelongkar alam maya bahawa keputusan yang diumumkan bukanlah keputusan mesyuarat. Siasatan kepada PAS Selangor yang diumumkan oleh TG Presiden dimaksudkan hanya siasatan kepada Hasan Ali dan rakannya. Seakan ada kebimbangan siasatan menyeluruh terhadap semua individu PAS Selangor yang dianggap menyebabkan masalah. Ada juga bisikan syaitan menyebut bahawa TGNA telah keluar awal kerana tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat. Alhamdulillah, TGNA telah menegaskan beliau berpuas hati dengan keputusan mesyuarat walupun cuba di desak bahawa ianya tidak memenuhi maksud cadangan EGM TGNA. Denga penuh hikmah TGNA menjelaskan bahwa cadangan Rasulullah pun ditolak oleh sahabat.

Sebagai manusia , saya yakin apa sahaja keputusan tidak akan memuaskan hati semua pihak terutama apabila apa yang mereka inginkan gagal mencapai maksud. Keputusan ini nantinya saya yakin akan menjadi pengukur kepada semua ahli PAS bahawa mereka inilah yang bermasalah. Samada siapa sahaja yang akan di ambil tindakan atau dibebaskan dari tuduhan, itulah keputusan yang WAJIB dipatuhi!

Namun jika dilihat dari beberapa reaksi, ternyata amaran awal bahawa keputusan JK Disiplin nanti tidak akan menyelesaikan masalah jika ianya tidak memenuhi maksud dan hasrat yang diingini.anda mungkin mampu memahami maksud amaran yang tersirat dari kenyataan seorang pemimpin PAS kawasan di dalam blognya... Pengisytiharan ini menyediakan semua, termasuk ahli PAS, bahawa PAS sanggup mengambil tindakan terhadap sesiapa juga yang menjejaskan kerjasama PAS di dalam PR. Tindakan yang menjejas kekukuhan PR perlu dihentikan dan harus disekat. Sesiapa yang terus menjejaskan kekukuhan PR, walau setinggi mana sekalipun jawatan beliau, akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Akhir sekali, timbul persoalan, bagaimana pula dengan EGM? Pada saya, EGM ini merupakan satu pilihan yang ‘evergreen’ atau sentiasa wujud. Sekiranya seminar dan JK Disiplin tidak bertindak sepertimana sepatutnya dan ‘Kukuhkan PR’ hanyalah menjadi seperti cogankata 1Malaysia ‘Rakyat di dahulukan…’, maka EGM merupakan satu tindakan yang tetap boleh dipertimbangkan bersama.


Semoga kemelut yang berlaku di dalam PAS akan menanggalkan siapa yang memakai topeng selama ini? Apakah berakhirnya kemelut ini jika kita tidak bersedia menerima keputusan JK Disiplin melainkan memihak kepadanya??? Hanya iblis dan Syaitan sahaja yang mengambil nafsu menjadi tuhan mereka!

Tiada ulasan: