Kiasan TGNA rupanya menjerat dan menampilkan kedunguan Hishamudin Tun Husin. Patut la selama menjadi menteri pelajaran tiada apa yang dibuatnya melainkan menukar kementerian pendidikan kembali menjadi kementerian pelajaran, langkah kebelakang yang sekian lama ditinggalkan.
Hishamudin menonjolkan kedunguannya den gan membuat ulasan bahawa kolonel Mat yang disifatkan TGNA sebagai masalah dalaman. Samada memang dungu atau cuba mendungukan rakyat , Hishamudin ternyata silap dalam telahan dan "kesimpulan politiknya". secara jelas saya yakin Hishamudin tidak akan sanggup membuat ulasan sebegitu jika beliau membaca penuh kenyataan TGNA sekalipun dari Utusan Malaysia yang sememangnya agen BN.
Ternyata kenyataan terbaru TGNA melahirkan polemik baru tentang siapa "Kolonel Mat". Lontaran nama ini sekaligus melahirkan teka teki dan "game" baru tentang siapa "kolonel Mat". Macam macam telahan dan ulasan di buat. Ternyata kehebatan TGNA sekali lagi melalikan dan menimbulkan kepala kepala bengong di persada politik negara...
Syed Azidi ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, persoalan mengenai siapa ‘Kolonel Mat’ perlu dirungkai oleh Nik Abdul Aziz sendiri kerana tiada siapa yang mengetahui individu terbabit kerana ia muncul secara tiba-tiba.
“Seperti yang saya tulis dalam blog, ‘Kolonel Mat’ yang saya kenali ialah arwah ayah saya tetapi mungkin apa yang dikatakan oleh tok guru (Nik Abdul Aziz) adalah individu yang berbeza.
“Artikel itu ditulis sebab sebagai anak bekas tentera saya terasa kerana apa yang dikatakan oleh tok guru amat serius disebabkan ia satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
“Saya tidak ambil ini sebagai peribadi tetapi saya rasa satu penghinaan kepada tentera atau bekas tentera, jadi tok guru kena jelaskan dan pada masa yang sama Menteri Pertahanan kena siasat,” katanya.(kickdafela)
"Saya melihat dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai khayalan dan rekaan yang dibuat disebabkan pergolakan dalaman sejak akhir-akhir ini yang semakin menonjol.(ibrahim al kataki)KUALA TERENGGANU: Nama 'Kolonel Mat' yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya, membuktikan memang ada unsur perpecahan dalam parti PAS itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akhirnya PAS tidak dapat lagi menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku walaupun ia seringkali dinafikan pimpinannya.
Katanya, walaupun mungkin nama 'Kolonel Mat' disebut Mursyidul Am PAS itu sebagai kiasan, ia secara jelas membuktikan adanya perpecahan dan permasalahan dalam parti itu yang disebabkan orang dalamnya sendiri.
"Sekarang jelas mereka sendiri telahpun menyatakan bahawa wujudnya perpecahan, wujud permasalahan, dan sebagainya. Orang ramai juga boleh lihat ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pun.
"Bagi saya mereka boleh menafikan (adanya perpecahan) tetapi tidak boleh menafikan selama-lamanya.
"Akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.
Peliknya Hishamudin yang mengakui ianya mungkin kiasan, tetapi mengalihkan pandangan bahawa ianya masalah dalaman dan tanda perpecahan PAS. Ternyata Hishamudin cuba membina persepsi bahawa ia bukan umNo yang dimaksud TGNA sekalipun hampir pasti, umNo lah yang dimaksdukan TGNA.
apapun.... kenyatan terbaru TGNA ternyata membingungkan ramai pihak dan ternyata beliau masih seorang ahlipolitik yang hebat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan