Dalam posting sebelum ini saya telah menjelaskan bagaimana satu usaha mengkambing hitamkan pimpinan PAS terhadap apa yang berlaku di Kelantan. Apabila TGNA menyebut nama Kolonel Mat, tiba tiba nama itu diletupkan. Sehingga kini TGNA masih belum menyebut siapa Kolonel Mat... Satu kenyataan??? Kiasan atau sesuatu yang disengajakan bagi mengelirukan musuh? Hanya TGNA yang mengetahui.
Sesuatu yang tidak dijelaskan TGNA, menjadikan semua orang terus bertanya... Dan kesempatan ini diambil oleh sekelian musuh yang menanti.... Bermula dengan umNO yang sememangnya musuh tradisi PAS, hinggalah musuh di dalam selimut yang sekian lama merancang agar PAS terus berpecah... mereka inilah yang menjadi agen umNO.
Membuat tuduhan tanpa asas adalah sifat Munafiq. Umat Islam diajar agar meneliti dan memastikan berita tersebut dari segi kesasehannya sebelum mengulas dan menyebarkannya. Malangnya ada golongan yang sengaja melemparkan bahan fitnah bagai memecahkan PAS. Sudah tiba masanya penyokong dan pendokong PAS bersatu hati menentang musuh yang mencelah disebalik setiap isu yang berlaku. Dalam isu Kolonel Mat, ada usaha menarik kalangan pimpinan khususnya Timbalan Presiden sebagai kambing hitamnya. Malangnya TGNA sendiri tidak menjelaskan...
Satu usaha tuduhan tanpa asas yang kukuh selain sumber tak pasti dan mengaitkan melalui teori dangkal sedang giat dilakukan. Dalam posting sebelum ini, Malaysiakini melalui Jumadi gagal menarik perhatian Bloggers menjadikannya sebagai isu. Beliau sekali lagi mengulang terbit cerita sama dengan tambahan kesungguhan mencari maklumat kononnya. Bagi kita, selagi TGNA tidak menyebut secara jela, kita bersikap membiarkkannya dalam pengetahuan beliau. Mungkin TGNA merasakan tidak penting diketahui orang lain. Ternyata Blogers PAS semakin matang dan menyedari perangkap musuh ini.Semoga ianya berterusan.
Perhatikan bukti Tulisan fasiq ini " Sumber yang dekat dengannya tidak menolak kemungkinan pegawai tentera itu mempunyai kaitan dengan Task Force 2010 walaupun mereka masih tidak jelas sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan semata-mata. " semua tulisan berwarna ini menunjukkan ianya berita fasiq yang disebut Allah dalam surah Hujurat ayat 10. sesuatu yang tak pasti bukanlah hujjah orang beriman! melainkan ada yang memilih untuk menolak ayat Allah!!! Jika TGNA telah menjelaskan siapa Kolonel Mat..maka bolehlah kita menggunakannya... Sehingga kini ia hanya di fikiran TGNA...
Semoga Allah memelihara kita dari menjadi alat musuh dan menyelamatkan kita dari tergelincir dari tapisan Allah untuk pejuang agamanya....
4 ulasan:
sudah tentu kolonel mat wujud, ia "barang yang sohih". cuma yang tidak diketahui ialah sama ada kewujudan kolonel mat itu benar atau sebagai kiasan sahaja.
justeru sesiapa pun berhak untuk "mencari" serta "mengenalpasti" siapa kolonel mat yang dimaksudkan oleh tgna - sama ada benar atau kiasan. dengan cara dan ilmu yang dimiliki masing2.
sebagai contoh, pertemuan dalam gelap bukan lagi bertaraf 'fitnah' kerana dia diakui sendiri oleh orang yang ditemui. cuba bayangkan, selama mana ia akan dicop sebagai 'fitnah' tanpa pengakuan tersebut?
apa yang dibimbangi 'fitnah' berlakunya pertemuan yang melibatkan beberapa orang pemimpin pas itu melibatkan pihak ketiga, yang cuba disiasat oleh pemberita malaysiakini.
yang paling mudah dan senang untuk menghapuskan fitnah ini ialah dengan bertanya sendiri kepada pemimpin2 pas yang ditohmah terlibat dengan pihak ketiga. kenapa perlu buang masa cuba mendapatkan pihak ketiga sedangkan mereka yang dikaitkan sudah dikenalpasti?
sebagai pemimpin yang partinya memperjuangkan islam, yang menjadikan 'tauhid sebagai dasar perjuangan', mereka yang ditohmah terlibat dengan pihak ketiga ini sudah tentu akan memberi jawapan yang dikehendaki. lainlah kalau ada lagi kaedah feqah yang boleh digunakan untuk menidakkannya.
wallahu'alam.
Hanya TGNA yang tahu... selagi TGNA tak jawab...akhlaknya ahli jamaah tak perlu meneka...ianya sangkaan...sesungguhnya kebanyakan dzan(sangkaan) itu dosa (hujurat). Wallhu A'lam
apakah yang dimaksudkan dengan "barang yang sohih" oleh tgna itu? anda mahu mempertahankan ia hanya "sangkaan" semata2?
jika anda mentafsirkan begitu, itu hak anda. kenapa perlu nafikan hak orang lain untuk membuat tafsiran? kedudukan sama ada "barang yang sohih" itu benar atau kiasan tgna, memberi ruang untuk sesiapa, dengan cara dan ilmu masing2 untuk merungkaikannya.
seperti yang saya katakan, cara yang paling mudah ialah dengan bertanya kepada pihak yang ditohmah terlibat dengan pihak ketiga. siapa mereka bukan rahsia lagi. percubaan untuk bertemu dengan pihak ketiga, dalam isu ini, hanya membuang masa sahaja seperti dialami pemberita malaysiakini.
wallahu'alam
Kolonel Mat Memang Dikenali
Bila TGNA sebut Kolonel Mat, ada yang kata dia sengaja buat kiasan dan ada juga yang kata dia buat tuduhan tanpa asas. Malah ada juga yang kata, kenyataan itu diragui kesahihannya.
Golongan yang kata Kolonel Mat hanya kiasan ialah golongan yang faham politik dan golongan yang tahu siapa Kolonel Mat. Golongan matang lagi dewasa. Golongan yang tahu bahawa Kolonel Mat memang sudah lama ada. Kalau tak silap, dah ada sejak 18 tahun yang lalu.
Golongan yang kata itu tuduhan tanpa asas ialah golongan yang prasangka terhadap TGNA. Yang prasangka ini termasuk yang berada dalam saf kepimpinan. Golongan ini mahukan supaya TGNA nyatakan siapa sebenarnya. Golongan ini mahukan semua rahsia parti didedahkan. Golongan ini ibarat anak kecil yang minta bapanya dedahkan rahsia dalam bilik tidur bersama ibunya.
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/12/kolonel-mat-memang-dikenali.html
Catat Ulasan