Rabu, 9 Disember 2009

NASIHAT PERLU TAPI JANGAN TERLALU...


Kemelut di Kelantan sepatutnya semakin mereda setelah pimpinan Utama PAS yang terdiri dari Presiden dan beberapa pimpinan utama menemui TGNA. Nasihat yang pastinya dari keputusan bersama itu sememangnya dilihat mampu mengurangkan kekalutan di Kelantan khususnya di PMB. Ia nasihat yang boleh dipatuhi dan diengkari. Namun menerima nasihat adalah satu tuntutan sepertimana memberi nasihat... TGNA memilih menerima sebagai tanda tawadhuknya beliau...

Namun nasihat kedua yang datang sebelum selesai nasihat pertama mungkin akan mengeruhkan suasana. Mahfuz diberitakan menasihatkan Arif Fahmi agar segera meletakkan jawatan melalui TGNA. . Tidak dipastikan sejauh mana kaedah nasihat atau desakan Mahfuz disampaikan. Apa yang jelas Rombongan Presiden yang terdiri dari timbalan Mursyidul am, Naib Presiden dan bendahari telah bertemu dengan TGNA dan berbincang dengannya yang melahirkan nasihat awal. Sungguh beradab cara menasihat seorang Presiden bersama rombongan kerana menghormati TGNA sebagai Mursyidul am.

Tidak jelas sejauh mana keperluan desakan agar seorang ketua pegawai eksekutif segera meletakkan jawatan. Beliau di nasihatkan dan beliau boleh membuat pilihan bila masa yang sesuai melepaskan jawatan. Apatah lagi ketua utama yang juga menteri Besar tidak membantah. Kelantan tentunya dibawah kawalan dan pengetahuan TGNA sebagai Menteri Besar. Barangkali di atas kesedaran bahawa TGNA lebih mengetahui dan berhak terhadap isu Kelantan, Presiden memilih membawa rombongan PAS Pusat . Itu tanda penghormatan. Tak tahu pula atas tujuan apa Mahfuz yang mencelah ditengah ? Rasanya dia tidak bersama rombongan Presiden menelui TGNA.

Sewajarnya pemimpin PAS lebih bijak dalam menyelesaikan masalah. Jangan penyelesaian menambahkan kekusutan. Isu yang sudah diredakan dibangkitkan pula oleh seorang pemimpin PAS. Apakah ia sengaja di hidupkan semula atau sekadar nak membuat kenyataan . Kita sememangnya akur Mahfuz seorang yang suka membuat kenyataan akhbar yang kadang kadang tidak melambangkan kebijaksanaan apatah lagi dalam zaman akhbar dan dunia maklumat yang terlalu banyak membawa fitnah. Tidakkah pimpinan telah menasihatkan agar dikurangkan sesuatu yang boleh dijadikan isu oleh musuh?

Apakah Mahfuz merasakan TGNA seakan tidak bijak membiarkan Arif Fahmi melewatkan perletakkan jawatan tersebut. Apa dan siapa sumber mahfuz hingga merasakan perlu menasihatkan TGNA sedemikian rupa.? Mengapa mesti ditambah tekanan kepada TGNA? Bukankah Mahfuz yang menasihatkan agar tidak diberi tekanan kepada TGNA agar meletakkan jawatan? Tidakkah nasihat ini beerti TGNA tak mampu mengemudi PMB dan maksudnya TGNA perlu meletakkan jawatan???

Apa ni Tuan Mahfuz???? Di satu masa nasihat agar jangan beri tekanan kepada TGNA namun di satu masa memberi tekanan kepada TGNA. Walaupun mungkin ia dinafikan sebagai tekanan... tapi mencampuri urusan orang lain adalah tanda kita rasa lebih bijak.... dan mengannggap orang itu tak bijak. Tidak mampu menangani masalah beerti perlu meletak jawatan? siapa menekan siapa sekarang???

Semoga selepas ini Mahfuz lebih cermat membuat kenyataan dan mencampuri urusan orang lain. Beliau adalah Naib Presiden dan bukan lagi ketua penerangan....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahfuz tak sepatut begitu dgn menambahkan lg tekanan tok guru nik aziz