Khamis, 17 Disember 2009

PAJAKGADAIKAN SEKOLAH AGAMA UNTUK BANTU SEKOLAH CINA DAN INDIA?


Isu Sekolah Izzuddin Shah dan Taayah bukan isu baru. Selepas saya meninggalkan SIS dulu , kedengaran cerita tanah SIS yang mengandungi bukit itu akan dijual bagi membangunkan penempatan rumah mewah. SIS dipujuk akan dibina di kawasan yang luas di luar Bandaraya Ipoh yang kononnya lebih selesa untuk pembelajaran. Ia berjaya di sekat.

Cerita penyerahaan SIS TAAYAH kepada pusat pula timbul kemudiannya dan tenggelam apabila PR menguasai kerajaan Perak. DS Nizar sebagai MB yang hanya bersekolah di belakang SIS ( Teknik Brash) berjaya membela nasib kedua sekolah agama negeri ini. Malangnya Zahid Hamidi yang didik di situ berhasrat menyerahkannya kepada Pusat.Mungkin ada yang bersetuju jika sekolah agama rakyat terpaksa diserahkan kepada pusat demi menyelamatkannya dari mati, namun SIS dan Taayah tidak pernah miskin dan papa kerana ia milik kerajaan negeri.

Berita penyerahan kedua sekolah kerajaan negeri ini muncul di saat SIS dan Taayah di ambang menyambut jubli emas... Malangnya... kegemilangan 50 tahun itu di raikan dengan mematikan sinar yang diperjuangkan sekian lama. Atas alasan apapun ianya mesti dipertahankan. Ia milik kerajaan dan bukan swasta. Apaka ada agenda lain di sebalik penyerahannya. Apakah umNo menyedari jika PR kembali meguasai Perak kedua sekolah ini dan adiknya di Kampong Gajah akan menjadi benih yang subur bagi Islam dan masa depan perjuangan islam.

Atau apakah kerajaan KUDETA yang ada sekarang ini melihat ianya sebagai beban. umNO yang mendakwa melayu dan agama sememangnya tidak sanggup menanggung menanggung sesuatu yang tidak dilihat memberi keuntungan kebendaan. Kedua sekolah ini bermatlamat keuntungan modal insan. SIS dan Taayah serta SARJANA ( sek raja Nazrin Shah) telah melangkah setapak ke hadapan apabila berjaya mewujudkan aliran tahfia sains. Kelas yang mendapat sambutan itu tidak dapat memenuhi permintaan yang ramai. Antara keistimewaan yang meti dipertahankan ialah aliran kelas idadi dan tsanawi yang merupakan nilai tambah yang dimiliki oleh kedua sekolah tersebut berbanding SMKA.

Persoalannya adakah wajar kerajaan negeri melepaskan sekolah yang sangat berjasa itu kepada pusat. Apakah kerajaan negeri merasa rugi memperuntukkan wang untuk sekolah agama sedangkan mendakwa membela agama dan bangsa. Di saat Zamry mengumumkan peruntukan bantuan untuk sekolah Cina dan India, sekolah kerajaan sendiri tak mahu dipertahankan. Atau adakah kerajaan Perak sudah tidak memiliki sumber kewangan untuk membantu sekolah Cina dan India demi mendapatkan undi mereka lalu sekolah agama yang berjasa besar ini ingin di pajakgadaikan ? hanya orang melayu dan Islam sahaja yang dapat menilai dan mengajar sikap kerajaan KUDETA ini.

Antara nama besar yang lahir dari sekolah ini termasuklah Datuk Zahid sendiri, Mana sikana seorang penulis tersohor tanahair dan ribuan lagi yang bukan hanya berjaya di bidang agama malah memimpin pelbagai bidang lain.

2 ulasan:

rizuan mh berkata...

assalamualaikum..

maaf tumpang lalu dan ternampak entry ni..saya juga hampir layak ke SIS.mungkin bukan rezeki..tetapi alhamdulillah, saya masih dididik dgn baik di mana pun saya belajar.meningkat usia, kita semakin matang termasuk dalam membuat penilaian.

SIS bukan untuk digadai, begitu juga sekolah2 agama yg lainnya. Bukan juga hendak diambil alih, bukan untuk dibeli dan dijadikan alat oleh BN..hendaknya Tuan lebih terbuka.

Kerajaan cuma hendak membela dan membantu perjalanan dan pengurusan sekolah2 beraliran agama ini. Saya tidak tahu apakah benar wujud implikasi buruk seperti yg digembar-gemburkan sekiranya sekolah2 agama dibantu oleh kerajaan pusat.

kdg kala, ia begitu dipolitikkan. Anak2 pemimpin BN dan UMNO sendiri ramai yg menuntut di sekolah agama di seluruh negara. Malah mereka bersahabat baik dgn anak2 pemimpin PAS, PKR..

pd saya, Pusat perlu mengambil berat tentang sekolah2 ini sebagai sebahagian daripada amanah dan tanggunggjwb mereka sebagai pemerintah.

kalau Tuan berasakan tidak wajar atau tidak boleh sama sekali sekolah2 ini dibantu oleh Pusat, Tuan sepatutnya mengemukakan cadangan atau solusi yg lebih baik. tak sepatutnya Tuan dan para pemimpin PAS yg lainnya hanya membangkang. Pembangkang perlu berfungsi sebagai pembetul kesilapan, bukan hanya membangkang.

maafkan saya jika komen ini agak keterlaluan, tetapi saya percaya, sebagai orang Melayu dan Islam, kita sma2 cintakan sekolah2 agama yg ada. Pokoknya, kita masih boleh bersatu dlm isu2 ini dan jgn sampai dipolitikkan.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

terima kasih atas pandangan yang beradab. saya hargai.

Untuk makluman SIS dan taayah mempunyai silibus tersendiri yang membezakannya dengan SMKA lain. Ia mesti dipertahankan.

SIS dan taayah tidak menghadapi masalah kerana ia milik kerajaan juga. Kalau pusat nak bantu, ia boleh bantu tanpa mengambil alih. itu lebih baik. Sepanjang tempoh hampir 5o tahun SIS dan Taayah telah melahirkan ramai tokoh tanda kejayaan pengurusan sekolah ini malah telah lahir cawangannya di Kg Gajah - SARJANA.

Soal hubungan antr anak PAS ngan umNO tak timbul...ia bukan alasan penolakan ini.... sebenarnya politik kita takle sampai bergaduh malah MP pun takde gaduh gaduh... hujah tu biasa la...

Soal cadangan tak timbul...kami hanya ingin mempertahankannya. Kerajaan PR dulu boleh bantu , kenapa kerajaan BN tak mahu tanggung satu satunya aset kerajaan negeri berkaitan agama yang sangat bernilai???

Sehingga kini tiada alasan melepaskan SIS dan Taayah kepada pusat..itu aje..Jadi pertahankan...

Kalau kerajaan pusat terlalu berminat dengan sekolah agama...banyak lagi boleh dibangunkan....