Isnin, 14 Disember 2009

TENANG DARI ALLAH...GOPOH DARI SYAITAN

" Tenang itu dari Allah, Gopoh itu dari syaitan" demikian ingatan Rasulullah terhadap ummatnya. Kegopohan akan mengundang kesilapan. Rasulullah juga mengajar... jika kita sedang marah ketika berdiri..maka duduklah... jika ketika duduk, berbaringlah...." semuanya bertujuan mendapatkan ketenangan...

Dalam mencari kebenaran terutama siasatan... tentulah ia mengambil masa... Sewajarnya kita memberi masa dan ruang yang luas seseorang untuk menjawab dan membela dirinya. Semuanya melambangkan keadilan Islam. Itulah bertuahnya jika kita berada di dalm jamaah Islam...semua panduan telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Kemelut PAS yang mengundang satu konvensyen menggantikan EGM yang disarankan TGNA akan mula membincangkan hasilnya pada 23 Disember depan. Walaupun ada yang menganggapnya lambat malah ada yang melebelnya Lembap, namun yang penting di sisi islam ialah ruang yang seluasnya untuk membela dan memberi keadilah kepada pihak yang dituduh. Islam bukan hanya ingin menyelesaikan masalah malah yang lebih utama penyelesaian itu nanti akan memberi keadilan. Keadilan adalah keutamaan. bukan kepuasan hati... kepuasan hati tak mungkin dicapai kerana biasanya manusia mempunyai kepentingan sendiri dan tentunya ingin kemenangan di pihak mereka sahaja.

Semoga apa yang dilakukan oleh JK disiplin PAS akan mencerminkan bentuk penyelesaian Islam dalam sebuah jamaah Islam yang dipimpin oleh ulama Islam... jangan ada yang mempersoalkannnya melainkan dengan hujjah Al- Quran dan sunnah....

Jawatankuasa disiplin PAS akan bermesyuarat 23 Disember ini untuk membincangkan jawapan pemimpin-pemimpin PAS Selangor yang diberi surat tunjuk sebab sebelum, berhubung isu kerajaan perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antara yang menjawab surat tersebut ialah pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pejabat Agung PAs di ibunegara mulai jam 2 petang.

Surat tunjuk sebab itu dihantar pada 2 November lalu dan mereka diberi tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Tiada ulasan: