Selasa, 29 Disember 2009

TUKAR PEGAWAI- PROSUDER BIASA.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan pengunduran dua pegawai peribadinya seperti diura-urakan sejak hujung minggu lalu.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, memaklumkan isu hangat kepada mesyuarat mingguan Dewan Harian parti itu di Kota Bharu petang ini.

Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat itu, setiausaha politik menteri besar Anual Bakhri Haron meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari ini, setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob pula tamat kontrak sebulan selepas itu.

Ditanya sebab-sebab Anual Bakhri berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak Disember 1999, Mohd Zaki berkata pegawai itu ingin menumpukan pada kegiatan penulisannya.

Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang juga timbalan dua pesuruhjaya PAS Kelantan, hadir dalam mesyuarat selama 90 minit itu walaupun pada awalnya diura-urakan ingin memboikotnya.

Husam, yang dikatakan rapat dengan Anual Bakhri, diura-urakan tidak senang dengan perkembangan politik dalam kerajaan negeri itu, mutakahir ini.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Anual berkata beliau tidak ada apa-apa masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana "sebelum ini selalu bercakap kemungkinan untuk melepaskan jawatan ini".

"Saya tidak ada apa (masalah), saya sudah berkhidmat 10 tahun," katanya.

Ditanya sama ada pengguguran tersebut disebabkan perkembangan dan pergolakan yang berlaku di Kelantan, Anual berkata: "Saya tidak pergi sejauh itu."

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Seperti laporan akhbar hari ini, Mohd Saiba pula mengesahkan pengguguran itu melibatkan beliau dan Anual tetapi kedua-duanya belum menerima hitam putih keputusan tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau difahamkan Anual digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak terhadapnya yang dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz menafikan wujud pemecatan dua setiausahanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Anual Bakhri mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi prosedur biasa pelantikan politik. (Msia kini)

2 ulasan:

mulutlancang berkata...

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.
"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam. disini dan disini

dato' berkata...

seperti orang pencen yang telah betugas sekian lama mungkin jua mengucapkan ungkapan serupa...

sapa tak nak duduk bawah ketiak Tuan Guru..... lebih lebih lagi beliau seorang Menteri besar...tak gitu???