Sejak kerjaan SAH RAKYAT Pakatan Rakyat diRAMPAS secara HARAM oleh kuasa Bee End yang dipimpin umNO dengan sokongan NAJIB, SPRM , SUK , MuFtI dan berbagai agensi lain , PeraK TERUS BERADA DALAM KEADAAAN TERUMBANG AMBING. Pakatan Rakyat terus berjuang... berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat...bukan untuk diserahkan kepada Pakatan Rakyat!
Sehingga kini mahkamah tidak dapat menentukan siapa yang berhak ke atas kerajaan Perak. Apakah ianya milik lanun Bee End yang merampas atau Pakatan Rakyat yang dipilih dalam PRU-12. Mahkamah telah berubah keputusan dan berbeza keputusan antara mereka. Kebolehpercayaan rakyat terhadap mahkamah kian luntur. Mahkamah tiada keputusan! Mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan! mahakamah tak tahu siapa yang berkuasa!
Dalam negara demokrasi, Hakim paling berkuasa ialah rakyat! Apabila mahkamah hilang pedoman dan asas dalam membuat keputusan sehingga terpaksa ditangguhkan, maka jalan terbaik ialah kembalikan kuasa rakyat! Pakatan Rakyat menjanjikan untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat jika mahkamah berpihak kepadanya.
Kerajaan KUDATA Bee End menyedari kemelut ini tidak akan berakhir. Apabila rakyat merasai diri mereka dizalimi dan hak mereka dirampas...selagi itulah mereka akan terus berjuang. Kemelut di Falastin tidak akan berakhir karana rakyat merasai hak mereka telah dirampas Yahudi. Kemelut di Thailand juga terus berlarutan sejak rampasan kuasa! Iran hampir terjerumus ke kancah perang saudara akibat adanya tuduhan penipuan dalam pilihanraya.. Malah seluruh dunia melihat peperangan saudara bermula akibat rampasan kuasa atau penipuan dalam pilihanraya selain campur tangan kuasa luar.
Kita tidak mahu kekalutan di Perak . Kita mahu keamanan. Zamry menyedari keadaan ini. Sebab itu beliau kononnya merayu agar rakyat memberi tumpuan kepada pembangunan. MANA BOLEH! kamu yang rampas hak kami, kamu minta kami diam ! BODOH!!! Apakah Zamry rela mandat diserahkan kepada rakyat, setelah menyedari semua usaha memujuk rakyat tidak berjaya? Zamry juga menyedari ianya hanya akan berakhir dengan mengembalikan mandat kepada rakyat. Difahamkan pihak istana juga telah jelas dengan isyarat rakyat. Mahkamah juga menyedari jalan penyelesaian kemelut ini. Soalnya kenapa ianya masih belum dilaksanakan?
Jawapannya, Adalah mustahil Bee End akan mengadakan pilihanraya selagi mereka yakin mereka akan Tewas. Apakah lah erti pengorban mereka selama ini yang menggunakan semua institusi untk merampas kuasa jika secara mudah diserahkan kembali kepada rakyat. Jesteru itu apa juga usaha melewatkan akan dilaksanakan bagi memastikan undi rakyat beralih kepada Bee End. Mahkamah yang sepatutnya tidak perlu menangguhkan keputusan terpaksa digunakan. Saya amat yakin jika bee End gagal memulihkan sokongan rakyat kepada mereka, tidak mustahil keputusan terpaksa ditangguhkan sehinga pilihanraya 13 malah mungkin mereka akan menggunakan campurtangan "kuasa Ghaib"untuk merubah keputusan mahkamah yang diyakini kini berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Bukti yang ada dihadapan mata rakyat Perak sangat jelas. Pembangunan di kampung kampung giat dilaksanakan. Projek yang dijalankan disiapkan dalam tempoh yang panjang supaya rakyat dapat melihat kerja Bee End. Usaha memulihkan sokong bukan melayu sangat agresif. Sekolah persendirian Cina dan India diberi bantuan dan perhatian serius sedangkan dulunya Pakatan Rakyat diserang oleh umNO kononnya menjadi kuda Cina. Mufti Perak antara yang terlibat meyakinkan umat Islam kononnya Pakatan Rakyat menjadi kuda tungangan Cina walaupun mufti ini menyedari tanah yang dipohon oleh sekolah agama milik salah seorang jawatankuasa fatwa Perak hanya ditunaikan di zaman PR. Mungkin mufti lebih peduli tentang permohonan "tanggungan lawatan kerja ke Cina" dari hal tanah untuk sekolah agama.
Rakyat sedang menanti dan memerhati. Bee End menyedari hakikat ini. Pakatan Rakyat perlu bijak menangani situasi sebagai kerajaan buangan. PR mempunyai kelebihan kerana jentera dari pelbagai bangsa mampu di gerakkan. DAP mampu sehingga kini mengausai undi Cina dan India bersama PKR. Persoalannya sejauh mana PAS mampu mengembalikan sokongan melayu terhadap PR yang memang masih bertahan dengan situai sebelumPilihanraya ke 12. DAP khususnya MESTI membantu PAS dan PKR mengembalikan sokongan melayu...bukan hanya mempertahankan undi bukan melayu.
Ternyata Bee End tidak mampu bergerak seiring melainkan digerakkan oleh umNO sehaja. jelas kelihatan umNO terpaksa berhempas pulas menguasai sokongan bukan melayu walaupun jelas umNO parti yang menggunakan sentimen melayu. Ternyata mereka menyedari mudah menguasai undi melayu melalui penguasaan mediamassaa yang ada . Tidak seperti bangsa lain yang tidak terpengaruh dengan media kerajaan.
Soalnya adakah perisik kerajaan telah mendapat isyarat sokongan rakyat telah berubah kepa da Bee End? Jika pilihanraya diadakan itu tandanya umNO telah mendapat isyarat dari jentera kerajaan mereka boleh menang! Jika tidak, MUSTAHIL umNO akan mengadakan pilihanraya walau dengan apa cara sekalipun! Dan jika pilihanraya diadakan beerti PR terpaksa bekerja keras sekerasnya.....
1 ulasan:
salam,
dato satu artikel yg baik dari blog mike
Catat Ulasan