Ahad, 14 Februari 2010

2 JUTA LAMBANG KEMEWAHAN DAN PENYELEWENGAN...

Mungkin perhatian rakyat terhadap tangkapan su kepada menteri kewangan mengembalikan nostalgia tentang beberapa kes berprofil tinggi yang dibangitkan SPRM suatu ketika dulu. Kebanyakan nama itu tenggelam di bawa kemenangan besar BN selepas pilihanraya 2004. Kini kes seumpama itu di dendangkan kembali.

Persoalan yang timbul, adakah selepas inimeteri terbabit akan turut disoal bagi mengesan beberapa projek yang dikatakan diperolehi melalui suapa kepada SU tersebut. Jika SU yang tiada kuasa boleh memiliki harta tersebut, maka menteri yang meluluskannya juga perlu di siasat. Bukan satu tuduhan menteri terbabit menerima suapan, tetapi jika projek itu diluluskan dengan campurtangan SU tersebut, beerti ia tidak telus!

Secara tidak langsung, projek yang diluluskan dari campurtangan SU tersebut adalah tidak adil kepada syarikat lain yang juga berhasrat memiliki tender. Ini membawa erti salahguna kuasa. Dalam undang undang, bukan hanya menerima suapan dianggap satu kesalahan, tetapi salahguna kuasa adalah juga satu kesalahan.

Apakah isu ini juga beerti akan ada lagi pihak yang akan menjadi mangsa penyingkiran oleh kelompok DS Najib. Semua mengetahui Mohd Nor adalah orang Pak Lah. Selepas ini tentunya kebanyakan menteri lantikan warisan Pak Lah tidak akan senang duduk. Mungkin ini satu cara halus kelompok Najib menyusun penyingkiran warisan Pak Lah. Andai ini berlaku... tentunya Khairy Jamaludin juga sedang mengira hari dan nasib diri beliau.

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.

Tiada ulasan: