Selasa, 23 Februari 2010

ENJIN PROTON UNTUK KAPAL TERBANG

Sejak dulu PAS berjuang agar sistem Islam dilaksanakn sepenuhnya di bumi Malaysia. umNO pula sejak dulu menganggap siatem Islam adalah zalim dan ketinggalan zaman. Mereka beriman dengan undang undang yang digubal oleh parlimen yang bersendikan ruh Lord Reid. Inilah beza antara PAS dan umNO jikasaling mendakwa melaksanakan Islam.

Akhir akhir ini , negara dihebohkan dengan isu hukuman sebatan rotan kepada pesalah Zina. Ia dilakukan di penjara disaksikan beberapa orang di penjara. Apabila kumpulan pembela mendakwa ianya menindas wanita maka pihak kementerian Dalam negeri yang diketuai oleh HishamudinTun Hussin mempertahankannya atas alasan keadilan Islam. Kesannya.... yang menanggung akibat ialah islam. Yang berada di dalam dilemma ialah orang yang mendakwa menyokong Islam.

Malangnya keadaan ini berlaku...yang rugi dan terfitnah ialah Islam. Islam ialah agama yang didatangkan secara pakej. ia bukan satu yang terpisah oleh juzuk tertentu. Hukum Islam pula bukan datang dalam bentuk dan rupa hukuman. Ia mesti dilihat dari suasana ia dilaksanakan, Orang yang melakukan, juga beberapa perkara lain yang membolehkan ia disabitkan hukuman tersebut. Juag yang membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan atau dibatalkan atau mungkin dilaksanakan dalam keadaan ditangguhkan seperti selepas anak dilahirkan.

Apa yang berlaku di penjara kajang bukan hukuman Islam. Hukuman Islam menetapkan orang berzina dirotan seratus rotan. kaedah pendakwaan dan beberapa tatacara lain membolehkan ia disabitkan dengan hukuman tersebut. Walaupun diakui rotan itu adalah kaedah hukum islam, namun 3 atau 6 rotan bukanlah bilangan yang ditetapkan islam.

Sebagai perbandingan... bolehkah kita menggunakan enjin proton saga untuk menggerakkan sebuah kapal terbang.? atau sebuah mercedes? Walaupun enjin itu mungkin berbunyi...namun ia ntetap tidak mampu menerbangkan kapal terbang itu... atau mungkin tidak akan menggerakkan sebuah mercedes sebagaimana mercedes yang asli....

Sebenarnya umNO sedang membina fitnah untuk agama islam... dan akibatnya nanti akan ditanggung oleh orang yang berjuang Islam.. umNO boleh saja meninggalkan apa yang ia pertahankan sekarang kerana desakan tertentu... namun kekeliruan akan terus ditanggung oleh Islam dan orang yang berjuang dengannya. Ini adalah bentuk label buruk kepada Islam yang dicipta oleh umNo..hanya orang bodoh yang memepercayai sebatan yang dilakukan oleh kerajaan umNO adalah sebatan undang undang islam...

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam Dato,
Matlamat menghalalkan cara.Demi survival politik semua benda dikaitkan dengan Islam.Walaupun apa yang termaktub dalam al quran sudah jelas.Cara, bagaimana,berapa, dan bila untuk melakukan hukuman hudud.Mereka hanya ambil kepala, ekor ditinggalkan kerana jahil dan jumud.
Ini sudah kes kapalterbang yang sudah sinonim terbang di udara, kapal selam didalam air sudah terbalik.Kapalselam selam diudara manakala kapalterbang terbang dalam air...