Khamis, 18 Februari 2010
JATUHKAN KEPIMPINAN ULAMA
Permulaan Islam terpaksa berhadapan dengan musuh luar yang mencurigai kecemerlangan dakwahnya. Setelah Islam kian berkembang, kecurigaan menjadi dendam dan kemarahan. Namun cahaya Islam tidak dapat dipadamkan. Berhadapan dengan Islam secara berhadapan ibarat cuba menahan tsunami ganas yang datang. Mereka akhirnya memilih menyusup di dalam Islam.
Golongan ini dikenali sebagai Munafiq. Pemimpin tersohor mereka dikenali sebagai Abdullah Bin Ubay. Umum mengetahui ibn Ubay sentiasa kelihatan mendampingi nabi walaupun di belakang nabi beliaulah musuh dalam selimut. Antara modus operandi mereka ialah memecahkan kesepaduan Islam dengan mewujudkan kelompok yang mereka jenamakan dengan kehendak dan kecenderungan hati mereka.
Allah merakamkan dalam surah munafiqun ayat ke 8 dengan mengistilahkan orang Muhajirin dari Mekah sebagai golongan hina kerana mereka adalah pendatang di bumi Madinah. Akhirnya terdedah rancangan munafiqin tersebut apabila keghairahan mereka seperti tidak dapat dibendung lagi. Seringkali usaha mereka digagalkan oleh perancangan Allah yang maha kuasa. Akhirnya orang Islam yang seakan terpengaruh dengan propoganda golongan tersebut mula menyedari dan meninggalkan mereka. Antara peristiwa mereka yang paling barjaya ialah fitnah terhadapisteri Nabi SAW sendiri yang dikenali dengan hadis al Ifk. juga perbalahan dan peperangan Siffin dan Jamal kemudiannya.
Kekuatan PAS yang mewarisi perjuangan Rasulullah ialah Islam yang ditunjangi Ulama. Bermula era kepimpinan Ulama hasil desakan Dewan Pemuda yang dipimpin oleh Datuk Mustapha Ali telah merubah rupa bentuk PAS. Kehebatan pidato TG Hj Hadi yang mewakili Ulama muda sangat memberi pengaruh kepada perkembangan Islam yang di bawa PAS. Kepimpinan Al Marhum Yusuf Rawa yang diteruskan Al marhum Ustaz Fadzil Nor sangat berkesan. Kebangkitannya seakan tidak mampu dikekang lagi.
Musuh telah meramalkan bahawa kepimpinan PAS akan diterajui oleh TGHH yang merupakan pimpinan popular dan watak utama yang juga merupakan pimpinan ulama antarabangsa. Usaha memblokkan PAS bermula di zaman Ustaz Fadzil Nor apabila mereka mewujudkan golongan profesional dan Ulama. Ketangkasan Ustaz Fadzil menyekat usaha ini dengan mencantumkan Profesional dan ulama telah mengecewakan mereka.
Pemergian Ustaz Fadzil meninggalkan kita menjadikan mereka semakin bersemangat. Bermula kepimpinan TGHH , beliau dilabelkan sebagai ekstrim. Ia dilakukan oleh kalangan dalaman sendiri dengan wajah memuji dan memuja watak tersebut tetapi sebenarnya cuba menyediakan kebimbangan terhadap kepimpinan TGHH. Walaupun agak sukar membebaskan diri dari gambaran tersebut, Namun watak sebenar TGHH terserlah sebagai seorang yang toleran telah mengikis tanggapan negatif ini.
Ustaz Nasaruddin Isa yang dilantik membantu TGHH lebih menyerlahkan ulama profesional dan menambahkan kepercayaan rakyat terhadap wajah ulama PAS yang tak perlu dibimbangi. Kesetiaan ustaz Nasa membantu dan mendokong aspirasi TGHH sangat membimbangkan mereka. Harapan agar Ustaz Nasa dapat melenturkan kepimpinan ulama gagal kerana ustaz Nasa adalah anak didik Ustaz Fadhil yang menghayati kepimpinan Ulama.
Isu UG yang merupakan lontaran awal TGHH yang belum sempat dihadamkan konsepnya telah dijadikan bola tanggung oleh kelompok anti kepimpinan ulama ini. Mereka menggunakan sepenuhnya kawalan media yang dimiliki melalui blogger tertentu serta wartawan yang diserapkan melalui akhbar parti dan alternatif.
PAS mula dipecahbelahkan. Mereka mengimaginasikan penyatuan PAS dan umNO melalui perbincangan yang telah berlaku. Perbincangan yang dilakukan sebagai alternatif ijtihad dalam menentukan halatuju perjuangan PAS di Malaysia. Ia bukan keputusan dan tiada keputusan dibuat PAS bersatu dengan umNO. Ia adalah pelbagai alternatif yang terbentang setelah harga PAS yang begitu bernilai selepas pilihanraya 2008.
Ia adalah pelbagai tawaran yang diterima dan mesti diperhalusi...bukan sahaja dari umNO malah jua dari rakan Pakatan sendiri. Tawaran yang mesti ditimbang untuk masa depan Islam. bukan peribadi. Tuduhan ianya kepentingan peribadi adalah berniat jahat dan hasad kelompok ini.!
Semua yang menyokong presiden dan yang setia dengan kepimpinan parti dituduh kelompok UG yang tak wujud lagi. Mereka sangat kecewa apabila semua isu yang memecahkan PAS dimatikan oleh konvensyen khas baru baru ini. Serangan terus dilakukan. Usaha memecahkan PAS melalui jenama khayalan mereka dibuat. Terkini mereka menjenamakan pendokong setia kepimpinan ulama sebagai pro Trengganu.
Usaha munafiqin menjenamakan kelompok Islam bukan perkara baru. Orang Mekah dilabel pendatang di Madinah. Pejuang Islam Bugis di Indonesia dinamakan lanun. Mujahidin di Afganistan dinamakan pengganas. paling kurang pejuang Islam ini dijenamakan dengan Ekstremis. Di Malaysia PAS pernah dilabel kolot dan parti tok lebai. Namun ia tidak mampu menyekat kebangkitan Islam dan sambutan anak muda terhadap perjuangan Islam. Ulama adalah teras kepimpinan mereka diseluruh dunia. Inilah kunci yang sangat ditakuti musuh.
Siapa sahaja yang mendokong kepimpinan Ulama adalah musuh golongan ini. Mereka adalah munafiq yang cuba membunuh kebangkitan Ulama. Bagi yang membaca sejarah kebangkitan Islam tidak merasa pelik dengan kejayaan musuh menempatkan agen mereka. Paling tidak orang yang membaca sejarah Kamal Attartuk tentu tahu bagaimana Kamal telah dipuja sebegitu tinggi melebihi ulama.Malah ulama dilihat lembab dan tidak berdaya memimpin ummat Turki...akhirnya setelah berjaya..barulah terdedah siapa Kamal sebenarnya...
Demikianlah nasib kepimpinan ulama PAS kini. TGHH adalah ulama antarabangsa yang digeruni. Jangan pelik jika tangan antarabangsa dan pemikir mereka mempunyai sumbangan dalam usaha ini. Musuh selamanya tidak akan diam. Jangan mengurung pemikiran dibawah tempurung seperti katak yang tidak melihat dunia luar. Matlamat tertinggi perjuangan Islam di dunia ialah menegakkan kembali khilafah. TGHH adalah tokoh yang menonjol di dunia Islam.
Siapa sahaja yang menjadi pagar mempertahankan TGHH akan menjadi sasaran golongan ini. Ustaz Nasa telah mengalaminya. Dr Harun Din juga menjadi sasaran apabila berjaya menjadi pendamping terbaik buat TGNik Aziz. Hassan Ali turut menerima bahana kerana beliau adalah lantikan TGHH dan pembantu TGHH di Selangor. Mustapha Ali berdosa kerana menggerakkan pemuda mendokong kepimpinan ulama sewaktu memimpin pemuda. Tuan Ibrahim tidak lepas menjadi sasaran kerana dilihat sebagai tokoh masa depan kepimpinan ulama dalam PAS. TG Nik Aziz juga menjadi sasaran baru baru ini melalui menantunya..juga beberapa kekalutan isu di Kelantan. TGHH dan TGNA adalah simbol kepimpinan ulama dalam PAS.
Apa yang cuba saya bentangkan adalah sekelumit rentetan yang sempat dan mampu saya lakarkan bagi menjelmakan wajah golongan yang menimbulkan kekalutan dalam PAS akhir akhir ini. Jika kita menyingkap kembali susur galur ini secara teliti, tahulah kita..sasaran mereka ialah menyerang kepimpinan Ulama. Walau mereka akan menafikan hakikat ini, tetapi kenyataan hujjah mereka dan serangan terhadap individu Ulama dalam PAS dan yang mendokong kepimpinan ulama tidak dapat memadamkan semua ini. Sekalipun mereka cuba menamakan beberapa nama "ulama" yang bersama mereka termasuk "ulama" yang meninggalkan tanggungjawab memimpin bersama kepimpinan ulama. Jangan pelik jika ada "ulama yang turut tertipu kerana masing masing ada kelemahannya apatah lagi yang ada kepentingan dunia....
Kepada pendokong PAS...jujurlah dalam menilai jika anda sayangkan PAS dan kepimpinan Ulama. Jika ulama tidak lagi menunjangi kepimpinana PAS , maka hilanglah identiti perjuangan Islam dan tidak mustahil tiada beza PAS dengan parti lain yang da di Malaysia.....
Hingga kini PAS dilihat hebat dan dikagumi kerana prinsipnya. Apa yang berlaku di Kelantan yang mampu dipertahankan walaupun satu kerusi sangat dikagumi. Memang diakui sebagaimanusia ada kelemahan dan kekurangan. Maka atas prinsip Islam ia diselesaikan secara amanah dan akhlak Islam. Hujjah Salman yang menegur Saidina Umar adalah betul namun digunakan dengan situasi dan tujuan yang salah.
Pemimpin sekalipun ulama sentiasa terbuka kepada teguran. Sebab itulah TGHH dan kepimpinan lain hadir dan berlapang dada dengan teguran Dr Aziz yang agak melampau ketika konvensyen PAS. Beliau yang sebelum itu mengkritik keras TG Presiden masih diundang dan TGHH sendiri hadir. Apa yang penting adalah akhlak menegur sebagai pengikut kepada jamaah Islam. Kalau anak yang tidak beradab dinamakan " kurang ajar". Ahli yang tak beradab entahlah pulak....
Inilah yang mengindahkan Islam dan jamaah Islam...bila akhlak ini hilang dan diganti dengan sifat kurang ajar dan melalak ke sana kemari... takut nanti ada yang menganggap kita gila Ustaz saya mengajar di awal tingkatan satu semasa belajar bahasa arab. Kalimah pertama yang disuruh kami hafaz ialah.... Faman laisa adabun, fahua dubbun.... siapa tak de adab dia beruang.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Saya sokong sepenuhnya hujah saudara, apa yang saudara lontarkan itu adalah benar. Saya pasti saudara akan menerima kritikan...... Insyaallah, saya akan mempertahankan saudara.
Salam...
yang sebenar-benarnya golongan yang menghentam Tuan Guru ini ialah kebanyakan blogger yang di ibaratkan cendawan selepas hujan, mereka ini rata2 tidak terlibat dengan aktiviti pas mahupun menjadi ahli pas. Mereka2 ini cuma bencikan umno sahaja dan pada masa yang sama mereka tidak kenalpun sikap pemimpin2 pas. Mereka merasakan peranan mereka sebagai blogger lah yang menyebabkan tsunami 2008. sayangnya mereka ini adalah jahil..diharapkan mereka2 ini sedar dan fahami konsep jemaah dalam organisasi PAS!
john
kamu salah sama sekali
Terima kasih saudara sebenarnya inilah perkara yang tersirat dihati saya apabila membaca blog blog pro pas yang disiarkan. Nampak sangatlah perbuetan mereka menulis cerita yang meloyakan diblog sendiri atau meng up load cerita dari blog lain adalah untuk menghancurkan pas. Apakah itu kerja pendokong atau pejuang islam. Oh tidak itulah kerja simunafik. full stop
saya mnyanjung luahan hati tuan, saya juga sedar senario ini, ketika kita mnyatakn wala mrk mntertawa dn mempermainkn kita, mrk bkn shj trdiri drp segelintir golongan yg baru ttp yg lma pun ade yg turut brsekongkol, juga kite perlu igt mrk hanya mnyokong TGNA shj...benar spt mna yg tuan nyatakn mrk cuba memecah...dn cuba mnyelinap utk memerintah, inilah mehnah yg trpaksa kita lalui dan hadapi...
~yer mrk adalah beruang yg menampar lalat di pipi 'tuan' mrk!
Terima kasih semua sahabat.Lamadah saya pendamkan demi menjaga kesatuan jamaah dan tak mahu kelihatan bodoh saling menyerang sesama sendiri.
Namun sikap melampau sampai sanggup kumpul dana untuk saman pimpinan PAS tak dapat saya terima.
Saya sangat yakin ada dalang di belakang mereka...
Kita akan lihat dan kita akan pasti menjaga jamaah Islam dan kepimpinan Ulama sebagai mana kasihnya para sahabat kepada Rasulullah.
Catat Ulasan