Sabtu, 13 Februari 2010

SPESIS PEROSAK AKHIRNYA AKAN TERTAPIS JUA...

Semakin pelik dengan beberapa kerat ahli dalam Pakatan Rakyat. Di saat umNO berhempas pulas memulihkan konflik dalaman mereka , ada pula di kalangan ahli Pakatan Rakyat yang sibuk menonjolkan diri mempersoalkan parti sendiri.

Paling ketara ialah tindakan Zulkefli Nordin yang begitu ghairah menonjolkan diri di media lantaran diberi perhatian atas apa yang didakwanya ketegasan prinsip. Semua mengetahui kedudukan YB Zul yang terhutang budi dengan umNO kerana menarik balik kes beliau yang tidak layak bertanding kerana kegegalan menyerahkan laporan kewangan pilihanraya sebelumnya.

Terkini seorang bekas pengerusi PKR PulauPinang pula menarik diri menjadikan ahli parti bebas Ibrahim Ali di peringkat DUN. Atas alasan ketua mentari menindas melayu, beliau bertindak meninggalkan PKR. Tadi Ketua menteri menjelaskan sebab kekecewaan itu ialah kegagalan mendapatkan projek... kan sendiri yang malu...

Dalam PAS juga dilihat masih ada yang seronok wajah dan suara mereka disiarkan media. Bermula dengan blog, mereka menempa nama di dada akhbar kerana mengkritik parti. Mungkin bagi mereka ia tindakan berani kononnya menegakkan hak atau menuntut keadilan. Namun yang nyata mereka telah membantu meredakan kekalutan umNo dan dialihkan kepada Pakatan Rakyat.

Sejarah telah membuktikan kepada kita, kebanyakan mereka yang menongkah arus dalam parti masing masing adalah kalangan yang berkepentingan atau kecewa.. akhirnya mereka terpaksa membawa diri ke arah yang tak menentu...

Bagi yang berjuang dengan Islam...apa yang dibimbangi ialah ia merupakan proses tapisan Allah bagi membersihkan parti Islam dari spesis perosak ini...moga Allah memelihara agama dan pejuangnya...

Tiada ulasan: